Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Empat bilik darjah SMK Meru yang terbakar akan baik pulih?

KLANG, 13 Januari 2016  - Kementerian Pendidikan akan membaik pulih empat bilik darjah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Jalan Bukit Kapar di sini yang musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata kerja membaik pulih itu akan dilakukan serta-merta selepas kementerian menerima laporan berhubung tahap keselamatan bangunan yang menempatkan kelas tersebut.

"Kami tunggu laporan forensik mengenai tahap keselamatan bangunan (yang menempatkan kelas) itu daripada JKR (Jabatan Kerja Raya), selepas laporan diterima kami akan laksanakan kerja baik pulih kelas tersebut serta-merta.

"Pemeriksaan menunjukkan keadaan asas bangunan ini masih baik dan kebakaran itu hanya membabitkan bilik disiplin dan bilik ERT (Ekonomi Rumah Tangga)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata pihaknya akan menggunakan peruntukan daripada tabung bencana kementerian itu bagi menampung kos baik pulih kerosakan kelas berkenaan.

"Kementerian akan menggunakan peruntukan dari tabung bencana ini untuk membeli semula peralatan yang telah musnah dalam kebakaran tersebut.

"Kebakaran juga dikenal pasti berpunca daripada litar pintas dan disebabkan itu kami minta pihak berkaitan untuk baiki dan salurkan semula bekalan elektrik pada bangunan sekolah terbabit," katanya.

Kebakaran pada 5.30 pagi semalam memusnahkan empat bilik darjah yang terletak di tingkat dua, bangunan sekolah berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai fenomena El Nino, Kamalanathan berkata guru besar boleh mengeluarkan arahan untuk menghentikan sebarang kegiatan di luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas

"Mereka boleh rujuk arahan pekeliling sedia ada mengenai perkara ini, sekiranya perlu penjelasan mereka boleh menghubungi PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) masing-masing untuk mendapatkan nasihat," katanya. - Bernama
 

Kemaskini pada 2016-05-20 11:47:36 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page