Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Mais sentiasa pantau perkembangan masjid

 image

KLANG , 9 MAC 2016 - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sentiasa mengenal pasti dan memantau perkembangan masjid di Selangor.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, ia selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 96 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

"Selaku pemegang amanah tunggal bagi masjid di Selangor, Mais memantau perkembangan masjid menerusi menerusi pelantikan pegawai, jawatankuasa kariah atau pengurusan masjid yang diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Mais telah mewujudkan dan menggubal kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah (negeri Selangor) tahun 1995 (pindaan 2001) yang menjadi rujukan kepada semua masjid dalam Selangor.

“Bermula Januari 2016, terdapat 13 masjid diperkenankan Sultan Selangor untuk dinaik taraf melalui pelantikan imam-imam sebagai pengurus merangkap ketua pegawai eksekutif masjid-masjid berkenaan,” katanya ketika berucap di Majlis Pengurniaan Tauliah Imam-Imam Negeri Selangor, di Istana Alam Shah, semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 827 orang menerima watikah yang terdiri daripada imam masjid negeri, masjid daerah, masjid diraja, masjid naik taraf, masjid istana dan masjid kariah.

“Ini adalah pengiktirafan tinggi terhadap institusi imam yang menjadi nadi penggerak pengimarahan masjid serta mendekatkan hubungan imam sebagai ulama dengan umara,” katanya.Beliau juga berharap agar masjid tidak stereotaip menyasarkan program untuk peringkat umur tertentu dengan mengabaikan kumpulan umur lain.

“Masjid perlu lebih agresif dalam menambat hati remaja dan rugi jika kita gagal menarik minat mereka ke masjid. Saya yakin, mendekatkan mereka ke masjid dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan generasi muda,” katanya.
 

Kemaskini pada 2016-05-20 11:44:06 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page