Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

‘Tolong bantu anak yatim kami’

 

Sebahagian anak yatim dan ahli KG1M pada majlis penyampaian sumbangan di Klang.

KLANG, 13 OGOS 2016 - Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya mengutip hampir RM10,000 hasil bayaran permit sementara yang dikenakan terhadap pemilik premis yang gagal mematuhi garis panduan pengeluaran permit kerusi meja di luar premis makanan bil 6 2008.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, dalam tempoh tiga hari operasi berkenaan dijalankan, sebanyak 25 premis periksa.

“Berikutan kegagalan mereka patuh pada garis panduan berkenaan, maka majlis menampal pelekat MPK pada meja berkenaan termasuk memberi tempoh sebulan bagi mereka memohon permit yang sepatutnya.

“Permit yang kita kenakan berdasarkan bilangan meja yang diletak di luar premis, contohnya RM1 bagi satu meja sehari,” katanya ketika turun padang dalam satu operasi di sekitar premis makanan di Bukit Raja, di sini malam kelmarin.

Menurutnya, operasi berkenaan yang pertama kali melibatkan kawasan Bukit Raja.

“Kita dapati begitu banyak pemilik premis meletakkan kerusi dan meja di luar premis tanpa kebenaran majlis.

“Ini adalah satu tindakan proaktif MPK untuk memantau dan memeriksa premis makanan bagi penguatkuasaan terhadap garis panduan seperti yang disebutkan,” katanya.

Beliau berkata, berbeza dengan sebelum ini, majlis akan mengambil kerusi dan meja setelah mendapati pemilik premis tidak mempunyai permit.

“Kita cuba elakkan tindakan berkenaan. Selain memeriksa permit, kita juga beri khidmat nasihat dari segi kebersihan dan lain-lain permit yang harus dipohon pemilik premis,” katanya

Secara keseluruhan katanya, operasi malam kelmarin berjaya kerana semua premis dilawati akur dengan tindakan penguatkuasaan.

“Bagaimanapun, dari segi kebersihan, ia kurang memuaskan dan kita minta mereka menitikberatkan berkenaan perangkap minyak.

“Kita juga alu-alukan mana-mana peniaga yang meletakan kerusi dan meja yang belum sempat kita lawati, membuat permohonan ke bahagian pelesenan,” katanya.


Kemaskini pada 2016-08-17 12:06:13 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page