Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

MPK tawar pengurangan kompaun

 

image

MPK turut menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak bagi memudahkan orang awam.

KLANG, 2 OGOS 2016 - Bersempena sambutan bulan kemerdekaan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini mengadakan kempen pengurangan kompaun lalu lintas sebanyak RM15 melibatkan kesalahan letak kereta, halangan dan lalu lintas sehingga 31 Ogos ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, tawaran khas bagi kompaun letak kereta yang ditawarkan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan di mana orang ramai mengambil peluang tersebut untuk baki tertunggak mereka.

“Kempen ini juga dapat membantu pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan kompaun terdahulu mereka dan menjelaskannya mengikut tarikh ditetapkan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norfiza menggesa orang ramai untuk mengambil peluang ini bagi menjelaskan baki tunggakan kompaun mereka sebelum tempoh tawaran ini tamat pada 31 Ogos.

Katanya, orang ramai juga dapat membuat semakan kompaun di Lobi MPK, Pejabat Cawangan Tengku Kelana dan kaunter van bergerak manakala bayaran pula boleh dibuat di semua kaunter bayaran majlis.

“Selain daripada itu,  semakan serta bayaran juga boleh dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad di kaunter-kaunter pasar raya terpilih antaranya AEON Jusco Bukit Tinggi (27 – 28 Ogos 2016), AEON Jusco Bukit Raja (20 – 21 Jun), Giant Hypermarket Bukit Tinggi (6 – 7 Ogos) dan Tesco Bukit Tingg (13 – 14 Ogos)” katanya.

 


Kemaskini pada 2016-08-17 12:05:03 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page