Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN
qrcode

Lambakan sampah cemari kawasan sekitar

 

image

Lambakan sampah di luar tong memenuhi kawasan sekitar di Kampung Sungai Sireh 2, Pelabuhan Klang.

KLANG, 31 JULAI 2016 - Rata-rata penduduk Klang mencadangkan pihak berkuasa menetapkan penggunaan lori tiga tan ke atas untuk angkut sampah memandangkan kuantiti sampah melebihi hadnya.

Tinjauan di Kampung Sungai Sireh 2, Pelabuhan Klang mendapati lambakan sampah begitu banyak hingga menjejaskan kawasan sekitar yang begitu hampir dengan kediaman penduduk.

Ahmad Shungib, 61, yang bekerja sendiri berkata, lori lebih besar harus digunakan di sekitar Klang lebih-lebih lagi di Kampung Sungai Sireh 2 yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

“Kalau guna lori dua tan, ia tak berbaloi. Mereka kena pusing berkali-kali untuk angkut sampah.

“Contohnya, kawasan ini ada 1,000 rumah. Kalau pihak kontraktor guna lori dua tan, memang sampah tak muat,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa harus menguatkuasakan penggunaan lori bersaiz lebih besar bagi membolehkan sampah diangkut pada kadar banyak.

Bagi Abd Hamid Ahmad, 40, bekerja sendiri, penggunaan lori dua tan tidak memadai memandangkan sampah yang dibuang orang ramai begitu banyak. Bila kontraktor guna lori kecil, sampah yang dapat diangkut juga sedikit.

Katanya, pihak berkuasa dan kerajaan negeri harus mencari langkah sesuai bagi membolehkan sampah diurus dengan baik.

Suri rumah, Ida Kasim, 47, berkata, lambakan sampah sentiasa berlaku di kawasan ini dan ia mempunyai kaitan dengan sikap kontraktor yang kutip secara tidak berkala.

“Jarang nampak mereka datang kutip sampah di sini melainkan lori milik Majlis Perbandaran Klang.

“Kalau mereka datang kutip pun guna lori kecil. Sampah yang dalam tong besar sahaja yang dikutip. Yang terjatuh di kawasan tong dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Katanya, apabila guna lori kecil, sampah yang mampu dibawa juga tidak banyak.

“Jadi lori lebih besar harus diguna. Jika tidak sampah yang berada di luar tong akan terbiar dan makin lama ia jatuh ke dalam longkang apabila diterbangkan angin.

“Akibatnya ia mengganggu sistem saliran di kawasan ini terutamanya apabila hujan lebat,” katanya.


Kemaskini pada 2016-08-17 12:10:52 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page