Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Suami bantu poskan borang PR1M

image


KLANG, 3 Oktober 2016 - Sokongan suami yang tidak putus-putus supaya terus menjawab soalan PR1M menyebabkan seorang suri rumah meneruskan niat walaupun pada pertengahan jalan dia hampir berputus asa.

Syifa Amatul Mun’in Mohd Yunus, 27, berkata, dia mula menghantar peraduan PR1M pada 19 September 2015 lalu.

“Saya dimaklumkan berkenaan kemenangan itu pada 22 September lalu, iaitu mengambil masa setahun melalui jawapan dihantar 16 September.

“Beberapa minggu sebelum itu, saya hampir berputus asa namun suami, Mohd Hadi Azhar, 34, berterusan memberi galakan dan sokongan termasuk terus membeli sampul surat dan setem,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Bukit Raja, di sini.

Suri rumah itu berkata, semangat yang ditunjukkan suami memberi kekuatan kepadanya agar terus mengisi soalan pada peraduan itu.

“Setiap pagi semasa pergi kerja, suami akan poskan peraduan berkenaan.

“Hampir setiap pagi dia bertindak sedemikian, melihatkan semangatnya tinggi saya enggan berpaling lagi,” katanya.

Ibu kepada seorang anak lelaki itu berkata, dia berhasrat menggunakan wang kemenangan itu untuk membaik pulih bahagian tingkap dapur rumah berjumlah RM500.

“Selebihnya saya bercadang belanja makan suami, anak dan ahli keluarga saya,” katanya.

 


Kemaskini pada 2016-10-04 16:32:53 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page