Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Banjir : MPK tubuh Skuad Pantas

image

KLANG, 9 Oktober 2016 - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Skuad Pantas) bagi menyalurkan laporan awal mengenai situasi banjir kepada pasukan keselamatan.

MPK berkata, pasukan itu sentiasa bersedia 24 jam bagi menghadapi bencana banjir dan akan bertindak sebagai pasukan bantuan awal dalam memberi bantuan kecemasan.

"MPK juga sentiasa bersedia untuk mewujudkan pos gerakan sementara di kawasan yang mengalami bencana banjir.

"Kewujudan pos gerakan ini bertujuan membantu mangsa dari segi keselamatan dan logistik," katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu menyebut MPK sedang giat melaksanakan kerja pembersihan parit melibatkan lapan kawasan Dewan Undangan Negeri daerah Klang sebagai persediaan menghadapi bencana banjir yang diramal berlaku di Klang termasuk mengorek dan mengeluarkan segala sampah di dalam parit.

Menurut kenyataan itu, jabatan penguat kuasa sentiasa memantau kawasan yang  sering menghadapi bencana banjir melalui 76 lokasi Kamera Litar Tertutup (CCTV)  oleh Unit CCTV MPK.

MPK berkata, sekiranya berlaku bencana banjir, semua dewan serba guna milik MPK akan dijadikan pusat pemindahan mangsa bencana banjir dan sehingga kini,  MPK mempunyai 24 dewan yang boleh dijadikan pusat pemindahan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor pula berkata pihaknya mengarahkan semua balai bomba di negeri itu memastikan aset ops banjir berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan selain membuat rondaan dan pemantauan di kawasan dikenal pasti berlaku banjir dan limpahan air.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Usahawan Little India, Klang, N P Raman, melahirkan rasa bimbang dengan kesan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku dalam waktu terdekat di mana beberapa kedai sekitar Little India dikhuatiri dilanda banjir dan air melimpah masuk ke ruang kedai.  

"Lebih-lebih lagi sekarang adalah musim membeli-belah bagi Deepavali dan fenomena air pasang ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan terhadap penjualan kami kali ini.  

"Apa yang kami bimbang air Sungai Klang melimpah dan membanjiri kawasan berdekatan Little India," katanya. - Bernama

 

Kemaskini pada 2016-10-28 11:59:11 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page