Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Empat anak warisi kerjaya guru

image

KLANG - Sepasang suami isteri yang merupakan pesara guru kini mampu tersenyum puas apabila impian melihat anak-anak menjadi pendidik tercapai.

Terbukti laluan yang dicipta untuk anak-anak kesayangan membuahkan hasil apabila empat daripada lima anak berjaya menyandang kerjaya mulia itu.

Ramzah Radiman, 64, yang pernah mengajar selama 23 tahun di Sekolah Rendah Agama Kapar Barat, berazam supaya anak-anak mengikut jejak langkah dia dan suami, Mohd Yahaya Hanafi, 73, bekas guru berpengalaman lebih 33 tahun.

“Satu kepuasan apabila laluan yang kami sediakan untuk anak-anak menjadi. Hasilnya, anak makcik empat orang jadi guru.

“Cuma yang bongsu, Nooraisyah, pakcik (suami) kata, tak apa dia nak bidang lain sebagai fardhu kifayah. Dia dan suami kerja jurutera,” katanya.

Ditanya apakah anak-anak patuh segala perancangan yang dibuat bersama suami, Ramzah memberitahu, anak keempat, Noorul Huda, 38, sahaja yang awalnya tidak menunjukkan minat.

“Anak pertama hingga ketiga ikut saja, Huda saja yang tak nak. Tapi lepas dia rasa susah terpaksa buat kerja luar, sedangkan kakak dan abang semua senang uruskan masa, dia terpengaruh,” katanya.

Tiga anak pasangan ini yang menjadi guru ialah Shahnoor Arif, Noor Najyha dan Ainul Hawa. 

Menariknya, pasangan masing-masing juga adalah pendidik, menambah lagi kuota pendidik dalam keluarga.

Sementara itu, Noorul Huda yang berkelulusan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Pendidikan Khas berkata, minatnya menjadi guru mula muncul apabila bertugas sebagai guru sandaran.

“Dulu saya memberontak juga dalam hati kenapa semua mesti nak kerja guru sedangkan banyak lagi bidang lain. Masa di universiti saya ambil jurusan ukur tanah tapi lepas tu kerja banyak kena pergi turun lokasi, saya rasa susah sikit.

“Hingga saya dapat tawaran sebagai guru sandaran di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, fikiran saya mula berubah apabila saya semakin meminati bidang perguruan,” katanya.

Katanya, disebabkan minat yang sudah mula timbul, dia ambil keputusan menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan.

“Rasa seronok pula mengajar sebab tu saya terus sambung KPLI setahun. Selepas tu saya berkhidmat di beberapa sekolah dan terkini, di Sekolah Kebangsaan Meru, Jalan Tap.

“Sedar tak sedar, dah 14 tahun saya mengajar. Mungkin saya tukar arah sebab mak doa secara sembunyi supaya hati terbuka jadi pendidik,” katanya berseloroh.

Katanya, menjadi satu kelebihan apabila majoriti ahli keluarganya menjadi guru kerana banyak perkara berkisar kerjaya boleh dikongsi.

"Apabila majoritinya cikgu, senang nak berkumpul sebab cuti sama. Selain tu, kami boleh kongsi idea macam mana nak tingkatkan kemahiran dan luahkan perasaan,” katanya.

 


Kemaskini pada 2017-05-24 16:09:36 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page