Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

KPKT peruntuk RM500,000 pembinaan pusat penjaja

image

KAPAR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi pembinaan pusat penjaja di Kampung Tok Muda berikutan perobohan gerai milik 23 penjaja, baru-baru ini.

Penyelaras Pembangunan Kerajaan Persekutuan Parlimen Kapar, Datuk Faizal Abdullah berkata, peruntukan berkenaan telah dipersetujui oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar dalam perbincangan yang dibuat sebelum ini.

“Tan Sri Noh Omar telah setuju untuk peruntukkan antara RM500,000 ke RM600,000 untuk pembinaan pusat penjaja yang sistematik khususnya kepada mangsa yang dirobohkan gerai mereka baru-baru ini.

“Namun begitu, kita perlu ada kebenaran daripada pihak berkuasa negeri kerana tanah ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jika kita mendapat persetujuan kerajaan negeri, insyaALLAH dalam dua atau tiga bulan paling lewat, kita boleh mulakan kerja-kerja pembinaan pusat penjaja ini,” katanya dalam.

Faizal berkata demikian kepada pemberita dalam satu Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa-mangsa Perobohan Gerai Kampung Tok Muda, Kapar.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 kepada 23 orang penjaja yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

Sebanyak 15 gerai penjaja telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Klang pada 11 Mei lepas, kerana didakwa menyukarkan kerja penyelenggaraan parit oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Selain itu, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi urusan penangguhan bayaran semula pinjaman penjaja yang terlibat.

Faizal juga membidas sesetengah pihak yang dilihat cuba menyalahkan kerajaan persekutuan dalam isu ini.

“Saya pelik, bila berlaku perkara ini, mereka cuba salahkan kerajaan persekutuan kerana katanya JPS adalah entiti kerajaan persekutuan.

“JPS ini betul sebuah agensi kerajaan persekutuan, tetapi apa-apa pembangunan yang nak dibuat, parit dan jalan-jalan ini di bawah kerajaan negeri, mereka kena ada kebenaran daripada kerajaan negeri.

“Inilah masalahnya, mereka suka meletakkan kesalahan mereka kepada orang lain, janganlah kerana kelemahan sendiri, nak salahkan orang lain,” katanya.

 


Kemaskini pada 2017-05-26 09:22:00 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page