Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

KPDNKK Selangor periksa 20 premis

image

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor memeriksa 20 buah premis di Meru, dekat sini, dalam Ops Harga, semalam.

Penolong Pengarah KPDNKK Selangor, Mohd Zarif Anwar Mohd Ali berkata, operasi kira-kira jam 11.30 pagi melibatkan sembilan anggota penguatkuasa yang diketuai Shaiful Azhari Jamaluddin.

Menurutnya, operasi berkenaan itu  bertindak berdasarkan pemeriksaan secara proaktif oleh bahagian penguatkuasa KPDNKK Selangor. 

"Pemeriksaan hampir tiga jam ini melibatkan 20 buah premis runcit, makanan dan pakaian.

"Dalam pada itu, enam buah premis telah dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972," katanya.

Beliau berkata, premis tersebut telah diambil tindakan kompaun serta merta melibatkan keseluruhan nilai kompaun adalah RM1,500.

Jelasnya, kesemua kesalahan disebabkan segelintir peniaga gagal meletakkan tanda harga dan alat timbang telah tamat tempoh. 

"Operasi sebegini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi perundangan khususnya penandaan harga," katanya.

 


Kemaskini pada 2017-05-31 08:21:13 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page