Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Klang atau ringkasnya ‘KESDAT.
Tempat urusan Kelab ialah di Pejabat Daerah dan Tanah Klang Selangor Darul Ehsan atau di lain-lain tempat
yang akan ditetap oleh Jawatankuasa dari masa kesemasa.
LAMBANG DAN LOGO
Warna merah melambangkan keberanian dan kegigihan setiap ahli Kelab untuk perjuangan.
Warna kuning melambangkan ketinggian dan kemulian yang patut dipertahankan oleh setiap ahli kelab.
Bunga padi berwarna hijau melambangkan semangat kerjasama yang disemai dikalangan ahli-ahli Kelab.
Lingkaran berkisi-kisi diibaratkan sebagai roda jentera yang bergerak untuk membawa kemajuan kepada ahli-ahli kelab
khususnya di bidang sukan.
Obar memberi makna cahaya yang melambangkan semangat kesukanan yang merangkaikan tiga bulatan dimana tiga bahagian iaitu Bahagian Tanah, bahagian Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran yang terdapat di Jabatan ini.
Dua buah tembok berpintu kukuh berlatarbelakangkan ombak laut merupakan lambang sejarah pintu Gedung menjalin peristiwa silam Daerah Klang, mencatit sejarah tanah air dalam perhubungan dengan dunia luar dan ini merupakan identiti Daerah Klang.
Cogan kata Kelab ini ialah ‘BERSATU ERAT MAJU’
TUJUAN KELAB
- Berusaha meninggikan mutu dan semangat kesukanan dikalangan ahli-ahli dengan mengadakan latihan-latihan, perlawanan dann kursus-kursus kepada ahli-ahli yang difikirkan perlu.
- Menggalakkan ahli-ahli supaya mempunyai semangat yang tinggi dan akhlak yang baik, bertatatertib dan berdisplin dengan mengadakan ceramah-ceramah dan nasihat-nasihat.
- Menggalakkan ahli-ahli supaya mempunyai semangat muhibbah dalam kehidupan sehari- hari dengan menganjurkan majlis-majlis perjumpaan dengan ceramah yang berbentuk muhibah,perpaduan dan kerjasama.
- Menggalakkan ahli-ahli supaya mempunyai semangat bergotong-royong, Bantu membantu dan saling bekerjasama didalam kehidupan sehari-hari dengan menganjurkan kerja gotong-royong dan amal kebajikan,
- Memberi sokongan kepada ahli-ahli dalam waktu-waktu kecemasan, kemalangan dan kebajikan, yang tidak ditarifkan dalam kategori “Pertubuhan Faedah Bersama” Akta Pertubuhan 1966.
- Menggalakkan ahli-ahli supaya memelihara unsur-unsur kebudayaan nasional dengan memberi latihan-latihan, kursus-kursus dan ceramah-ceramah.
- Menggalakkan ahli-ahli supaya berusaha menambah ilmu pengetahuan dan keugamaan dengan mengadakan bahan-bahan bacaan di kelab ini.
AHLI JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN KESDAT TAHUN 2017/2018
Bil. |
Nama |
Jawatan |
1. | Tuan Hj. Mohd Zainal bin Mohd Nor, AMS |
Penasihat |
2. | Tn. Mohd Shahrizal bin Mohd Salleh |
Pengerusi |
3. | Puan Azniza binti Azmi |
Naib Pengerusi I |
4. | -kosong- |
Naib Pengerusi II |
5. | En. Mohamad Saiful Azri bin Mohd Fauzi |
Setiausaha |
6. | Pn. Rabtah Hanim binti Senin |
Penolong Setiausaha |
7. | Pn.Norhidayati binti Tokiman |
Bendahari |
8. |
Pn. Norzida binti Mad Ghani |
Biro Kebajikan & Sosial |
9. |
En. Mohd Zahidin bin Zain Pn. Nilawati binti Mohamad |
Biro Sukan & Pembangunan Modal Insan |
10. |
En. Jamil bin Jemain En. Hasif bin Japri |
Biro Agama & Pendidikan |
11. |
Pn.Khairulnizam bin Jailani Pn. Jamilah binti Abdul Karim |
Biro Rekreasi & Kebudayaan |
12. |
En. Sazipon bin Mazlan Pn. Ruzlinda binti Sainon |
Biro Ekonomi & Keusahawanan |
13. |
En. Mohd Azam Sayuti En.Mohd Shahaidi bin Hamid |
Biro Seranta & Promosi |
19. |
Pn. Sazlina binti Abdul Aziz Pn. Nurul Ain binti Abdul Aziz |
Pemeriksa Kira - Kira |
21. |
Pn. Irnawati binti Tunot En. Mohamad Izlan bin Abdul Karim Pn. Che Ku Zakhirah binti Che Ku Abdullah |
Pemegang Amanah |
Kemaskini pada 2021-09-24 11:58:00 daripada Siti Zurina Jusoh