Kaunter Semakan Setempat
Pejabat Daerah/Tanah Klang
Kaunter Semakan Setempat berfungsi untuk menerima permohonan pendaftaran perserahan urusniaga dan bukan urusniaga. Menerusi Kaunter Semakan Setempat, tempoh memproses permohonan pendaftaran perserahan dapat disingkatkan dan kesilapan semakan dapat diatasi serta memansuhkan tugas kerani semakan yang berulang. Kaunter Semakan Setempat adalah pendekatan terbaik bagi meningkatkan lagi kualiti output dan outcome dalam menyelesaikan masalah di jabatan dengan penekanan yang lebih kepada aspek inovasi. Senarai Semakan di Kaunter Semakan Setempat yang menjadi syarat wajib dalam urusan perserahan mengurangkan kesesakan pelanggan menunggu lama penyemakan dokumen oleh pegawai bertugas. Impaknya, pelanggan telah melengkapkan dokumen dan memahami urusan yang dilakukan. Penjimatan masa memberi impak positif kepada pelanggan kerana konsep 'first come first serve' telah diinovasikan dalam penyampaian perkhidmatan di jabatan. |
|||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Muat Turun Senarai Semak Urusniaga | Muat Turun Senarai Semak Bukan Urusniaga | ||
|
|||
Sila Klik pada pautan di bawah untuk Maklumat Lanjut >> |
|||
Urusniaga | Bukan Urusniaga | Lain-lain Urusan Permohonan | |
![]() |
1. Pindahmilik (14A) 2. Gadaian (16A) 3. Melepaskan Gadaian (16N) 4. Perintah Jual (16I/16F) |
1. Kaveat (19B) 2. Tarikbalik Kaveat (19G) 3. Tukar Nama (Seksyen 378) 4. Perintah Mahkamah 5. Turun Milik Akibat Kematian(Grant of Probate/ Letter of Administration/Pesaka (Borang E, F & T) 6. Perletakhakkan Mahkamah 7. Tukar Alamat (Borang 26A) |
1. Permohonan Hakmilik Hilang/Rosak 2. Permohonan Pelan 3. Membaharui Hakmilik 4. Pendaftaran Surat Kuasa Wakil (P.A.) 5. Pendaftaran Surat Amanah 6. Pembetulan 380 KTN 7. Cadangan Pemotongan Kaveat (19H) |
Nota Penting : Setiap DOKUMEN TIDAK LENGKAP yang dikemukakan akan ditolak terus dari kaunter semakan. Sebarang PEMBETULAN di dalam dokumen, HENDAKLAH dibuat oleh PEGUAM atau PENTADBIR TANAH sahaja. Pembetulan yang dibuat oleh wakil tidak dibenarkan sama sekali. |
Kemaskini pada 2016-05-20 12:08:41 daripada Admin ICT