hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

16 April 2021 - Sinar Harian - LZS sumbang RM255,000 bantu hospital, pusat jagaan warga emas

image

GOMBAK - [DIKEMASKINI] Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM255,000 kepada enam buah hospital dan lima pusat jagaan warga emas bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia. Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid berkata, hospital yang menerima sumbangan sebanyak RM10,000 setiap satu ialah Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Hospital Shah Alam, Hospital Serdang, dan Hospital Sungai Buloh. Menurutnya, sumbangan tersebut dibuat bagi tujuan pelaksanaan aktiviti seperti latihan ibadah kepada pesakit, waris dan jururawat hospital, sesi kaunseling kepada pesakit serta aktiviti keagamaan di bawah program Hospital Mesra Ibadah. “Bermulanya penglibatan LZS dalam Hospital Mesra Ibadah adalah sejak penubuhan Unit Hal Ehwal Islam Hospital yang diurus oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan memilih HTAR sebagai perintis program tersebut pda tahun 2005. “Sumbangan ini turut digunakan untuk pembelian kit solat bagi memudahkan pesakit menunaikan solat di atas katil,” katanya ketika merasmikan Majlis Serahan Dana Hospital Mesra Ibadah dan Pelancaran Bakul Qaseh Ramadan LZS di Hospital Selayang, di sini pada Jumaat.


Kemaskini pada 2021-05-03 12:39:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page