hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Pengambilan Tanah

PENGAMBILAN TANAH
 
DEFINISI
Mengambil mana - mana tanah milik menerusi proses undang - undang bagi segala bentuk pembangunan fizikal yang memerlukan tanah untuk dijadikan sebagai tapak dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, walaupun tuan tanah tidak bersetuju menjualnya dan tawar - menawar mengenai harga tidak diperlukan.
 
TUJUAN PENGAMBILAN TANAH
a) Untuk maksud awam
b) Oleh mana - mana orang atau perbadanan untuk maksud mengikut pendapat Pihak Berkuasa Negeri dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau sebahagian daripadanya / manfaat kepada orang awam secara umumnya / kepada suatu kelas orang awam dan untuk maksud perlombongan / perumahan / pertanian / perniagaan / perusahaan atau maksud rekreasi.
c) Mana - mana kombinasi daripada maksud itu.
 
TANAH - TANAH YANG BOLEH DIAMBIL
1. Tanah milik.
2. Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik seperti A.A atau Surat Akuan / melalui catatan dalam Daftar Pegangan di bawah Akta Tanah (Kawasan - Kawasan Penempatan Berkelompok)
3. Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat seperti tanah yang diduduki oleh Orang Asli turun - temurun (tidak termasuk kawasan rayau).
4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.
 
ORANG BERKEPENTINGAN
Orang yang berkepentingan seperti berikut berhak mendapat pampasan:
a) Penduduk atas tanah.
b) Pemilik tanah.
c) Orang / badan yang mempunyai kepentingan berdaftar seperti pemegang gadai, pemegang pajak, pemegang pajak pajakan kecil, pemegang gadai pajaan dan pemegang ismen.
d) Orang yang berkepentingan yang lain seperti pentadbir, pemasuk kaveat, pemegang lien, pemegang lien pajakan, pemegang (donee) suratkuasa wakil (Power of Attorney), Pegawai Pemegang Harta, Pemegang Amanah, Wasi dan sebagainya.
e) Orang yang menuntut (Claim) kepentingan dalam pampasan.

Kemaskini pada 2016-05-13 12:21:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page