hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Pengurangan Denda Lewat

PENGURANGAN / PENGECUALIAN BAYARAN

DENDA LEWAT CUKAI TANAH


MAKLUMAN
Denda lewat akan dikenakan jika pemilik tanah gagal membuat pembayaran sebelum 31 Mei pada setiap tahun dan dikenakan kadar denda lewat seperti berikut :

 

KADAR

DENDA

RM 10.00 dan kurang

RM 1.00

RM 10.01 - RM 50.00

RM 2.00

RM 50.01 - RM 100.00

RM 5.00

Lebih daripada RM 100.00 7% daripada Jumlah Perlu Bayar
 

 





 

 

 

 


SYARAT - SYARAT PERTIMBANGAN
1.Pemilik tanah mengemukakan permohonan untuk kali pertama bagi setiap hakmilik.
2.Jumlah minimum bayaran denda lewat bagi permohonan syarikat adalah sebanyak RM 1,000.00 manakala individu, RM 10.00.
3.Menghadapi masalah kesihatan (Sila lampirkan surat pengesahan / pengakuan daripada doktor yang berdaftar).
4.Masalah kemiskinan dengan pendapatan seisi keluarga kurang dari RM 1,500.00 sebulan (Sila lampirkan salinan slip gaji / surat akuan sumpah).
5.OKU / Pesara (Sila lampirkan salinan Kad Pengenalan OKU / Kad Pesara / Kad Pengenalan)
6.Menghadapi masalah dengan pemaju perumahan - Projek terbengkalai / gulung tikar (Sila lampirkan surat pengesahan daripada pihak berkaitan seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) / Jabatan Insovensi / lain - lain.
7.Lain - lain sebab yang munasabah sekiranya disertakan sekali dengan bukti yang kukuh.

SYARAT - SYARAT KELULUSAN
1.Pemohon hendaklah menjelaskan keseluruhan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah termasuk denda lewat terlebih dahulu.
2.Jumlah pengurangan yang diluluskan akan dibawa ke hadapan (KREDIT) ke dalam cukai tanah bagi tahun berikutnya.  

 

 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2016-05-13 12:21:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page