hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Perlembagaan

PERLEMBAGAAN PUSPANITA
 
PERKARA 1 - NAMA
1.1 Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA atau nama ringkasnya PUSPANITA dan selepas ini disebut sebagai Persatuan dalam undang-undang ini
 
PERKARA 2 - ALAMAT BERDAFTAR
2.1 Alamat berdaftar Persatuan ini ialah No. 571, Jalan Hose, 50460 Kuala Lumpur
2.2 Alamat berdaftar Persatuan tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan

PERKARA 3 - TAFSIRAN
3.1 "Suri" bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.
3.2 "Anggota Wanita" bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.
3.3 "Perkhidmatan Awam" bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun

PERKARA 4 - PENGERTIAN LOGO
4.1 Logo 
      Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga. Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
Bunga Padi melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam. Bunga Raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.
P dan Fa lambang kewanitaan. Warna Emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan. Warna ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.
 
4.2 Bendera 
      Bendera persatuan berlatarbelakangkan warna kuning. Di bahagian atas terdapat enam jalur berwarna ungu berselang dengan warna putih dan enam jalur berwarna ungu berselang dengan warna putih di bahagian bawah.
Di tengah-tengah bendera terdapat logo persatuan
 
PERKARA 5 - PENAUNG
5.1 Isteri Y.A.B. Perdana Menteri adalah Penaung kepada Persatuan ini.

PERKARA 6 - PENASIHAT
6.1 Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat Persatuan ini.

PERKARA 7 - TUJUAN PERSATUAN ADALAH UNTUK
7.1 Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggot-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;
7.2 Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus;
7.3 Menggalakkan dan melinatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat;
7.4 Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
7.5 Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.
7.6 Memiliki tanah, bengunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada Kerajaan, membeli. menyewa dan sebagainya.
 
PERKARA 8 - KEAHLIAN
8.1 Jenis-jenis ahli adalah seperti berikut:- 
 a) Ahli Biasa
     Keahlian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia kecuali di Sabah yang terdiri daripada:
      1) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpilan perkhidmatan di Malaysia;
      2) Anggota wanita di semua peringkat kumpulan Perkhidmatan Awam di Malaysia;
      3) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia;
      4) Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang diceraikan;
      5) Anggota wanita Perkhidmatan Awam yang telah bersara;
 
 b) Ahli Bersekutu
      1) Ahli bersekutu terbuka kepada isteri anggota Perkhidmatan Awam yang belum menjadi Warganegara Malaysia;
      2) Ahli bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam Persatuan;
      3) Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (1) di atas akan luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Kerajaan.
 
 c) Ahli Gabungan
      1) Ahli gabungan terbuka kepada persatuan wanita yang telah didaftarkan di Kementerian/Jabatan dan diberi status yang sama seperti ahli biasa; 
      2) Keahlian ahli gabungan akan dilulukan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan;
 
 d) Ahli Kehormat
     Yang Dipertua dengan persetujuan Majlis Tertinggi boleh melantik ahli kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat.
 
 e) Ahli Seumur Hidup
      1) Ahli seumur hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan;
      2) Ahli seumur hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau mesyuarat-mesyuarat agung di peringkat cawangan dan boleh di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan.
 
 f) Ahli Tak Hadir
      1) Ahli biasa yang perlu berada di luar negeri bagi suatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri;
      2) Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan dari membayar yuran.
 
8.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang permohonan dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan yang berkenaan yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan-cawangan tertentu untuk pertimbangan.
8.3 Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat di mana Cawangan Berkenaan belum ditubuhkan hendaklah diuruskan mengikut cara itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Kerja Tertingggi.
8.4 Larangan Menjadi Ahli 
a) Seseorang pemohon yang layak menjadi ahli mengikut syarat di perenggan 8.1 di atas tetapi masih menjadi seorang pelajar universiti/kolej tempatan, tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib Canselor Universiti atau Pengetua Kolej berkenaan;
b) Keahlian akan luput apabila suami seseorang ahli itu ataupun ahli itu sendiri berhenti atau diberhentikan daripada berkhidmat dengan Kerajaan;
c) Keahlian isteri anggota Perkhidmatan Awam yang meninggal dunia atau yang bercerai akan luput setelah ia berkahwin semula.
 
PERKARA 9 - YURAN
9.1 Yuran yang dikenakan adalah sepeti berikut:- 
a) Ahli Biasa 
1) Isteri Pegawai dan Pegawai wanita di dalam Kumpulan A ke atas:
Yuran masuk - RM 10.00
Yuran tahunan - RM 15.00
 
2) Isteri pegawai dan pegawai wanita dalam Kumpulan B:
Yuran masuk - RM 10.00
Yuran tahunan - RM 8.00
 
3) Isteri kakitangan dan kakitangan wanita dalam Kumpulan C:
Yuran masuk - RM 5.00
Yuran tahunan - RM 5.00
 
4) Isteri kakitangan dan kakitangan wanita dalam Kumpulan D:
Yuran masuk - RM 1.00
Yuran tahunan - RM 2.00
 
5) Yuran PesaraBayaran adalah setengan (1/2) daripada bayaran sebelum bersara, mengikut kategori waktu bersara. Janda dan balu dimasukkan dalam kategori
 
b) Ahli Bersekutu
    Yuran tahunan dan yuran masuk adalah setengah daripada apa yang dikenakan ke atas ahli biasa mengikut kumpulan.
c) Ahli Gabungan
    Bagi ahli gabungan yuran adalah 10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan.
d) Ahli Kehormat
    Tidak dikenakan apa-apa bayaran.
e) Ahli Seumur Hidup
    Membayar yuran yang ditetapkan iaitu RM100/-

9.2 Semua yuran tahunan hendaklah dibayar pada awal tahun. Yuran boleh dibayar melalui Bendahari Cawangan berkenaan.
9.3 Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih daripada 3 tahun berturut-turut akan dihantar surat peringatan daripada atau bagi pihak Setiausaha. Jika tidak dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistemewaanya sebagai seorang ahli sehingga hutangnya dibayar.
9.4 Ahli yang berhutang yuran tahunan melebihi 5 tahun berturut-turut akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli.

PERKARA 10 - KEAHLIAN
10.1 Persatuan ini hendaklah ditubuhkan berdasarkan rajah organisasi seperti di Lampiran X Perlembagaan ini. Jentera pentadbiran bagi Persatuan ini ialah Majlis Tertinggi (MT) dengan dibantu oleh Jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:-
a) Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT)
b) Jawatankuasa Cawangan Kementerian (JCK)
c) Jawatankuasa Cawangan Negeri (JCN)d) Jawatankuasa Cawangan Daerah (JCD)
e) Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil (JCDK) 
f) Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang lain jika perlu.
 
10.2 Segala urusan di semua peringkat tertakluk kepada Perlembagaan Persatuan.
10.3 Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan semua Jawatankuasa Cawangan Kementerian dan Negeri adalah bertanggungjawab kepada Majlis Tertinggi. Jawatankuasa Cawangan Daerah dan Daerah Kecil bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Cawangan Negeri berkenaan.
10.4 Hanya Majlis Tertinggi berhak membuat penentuan mengenai perkara-perkara dasar Persatuan.
10.5 Semua pemegang jawatan dan tiap-tiap orang yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia. Bukan warganegara bolehmemegang jawatan dengan syarat mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Kemaskini pada 2016-05-13 12:31:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page