hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

26 April 2021 - Sinar Harian - 40 pelajar, AJK Surau Hidayatul Mustaqim positif Covid-19

image

SELAYANG - Seramai 40 individu termasuk pelajar tahfiz dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Hidayatul Mustaqim, Selayang Baru serta ahli jawatankuasa surau berkenaan dilaporkan positif Covid-19. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Surau Hidayatul Mustaqim, Azizan Md Ali yang turut dijangkiti Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.Beliau berkata, daripada jumlah itu, 32 terdiri daripada pelajar dan dua guru tahfiz serta enam ahli jawatankuasa surau. Menurutnya, jangkitan itu dikesan selepas 27 pelajar tahfiz mengalami simptom demam pada Jumaat lalu. "Petugas kesihatan hadir melakukan ujian swab pada hari sama sebelum disahkan positif Covid-19. "Empat pesakit berada di Hospital Sungai Buloh termasuk salah seorang daripadanya menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selepas menghadapi masalah pernafasan, sementara yang lainnya menjalani kuarantin di MAEPS," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin. Beliau meminta orang ramai mendoakan kesihatan mereka yang dijangkiti Covid-19, selain meminta kariah yang berjemaah di surau berkenaan untuk membuat pemeriksaan sebagai langkah pencegahan.Pada Isnin, tular mesej dikeluarkan oleh Nazir Masjid Selayang Baru, Mizan Mamat meminta agar jemaah Surau Hidayatul Mustaqim segera membuat ujian swab Covid-19. "Assalamualaikum. Dengan peningkatan kes positif Covid-19 di Surau Hidayatul Mustaqim dan tahfiz (hampir 50 orang positif), saya merayu ahli kariah dan jemaah yang biasa solat berjemaah di Surau Hidayatul Mustaqim untuk segera membuat ujian swab bagi membendung penularan wabak daripada lebih parah di kariah kita," menurut mesej yang tular itu. Mesej meminta jemaah yang hadir di surau berkenaan pada 16 April hingga 23 April untuk melakukan ujian swab turut tersebar sejak Isnin.


Kemaskini pada 2021-05-03 12:45:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page