hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

27 April 2021 - Sinar Harian - Pemaju perumahan didenda RM125,000

image

SELAYANG – Sebuah syarikat pemaju perumahan didenda RM 125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana melanggar syarat Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Hakim, Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu selepas wakil syarikat pemaju perumahan itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan kepadanya.Menurut pertuduhan, pada 7 Julai 2020, syarikat berkenaan didapati menjalankan kerja tanah (earthworks) tanpa terlebih dahulu mengemukakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) di satu tapak projek perumahan di Mukim Rawang, Gombak. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, EMP adalah sangat penting untuk penggerak projek menyediakan rangka kerja bagi mengurangkan kesan pencemaran yang signifikan. Menurutnya, JAS Selangor akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar. "Saya juga ingin berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam sekitar. "Saya meminta orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Kemaskini pada 2021-05-03 12:49:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page