GOMBAK - Seramai 19 orang penduduk setinggan di sekitar kawasan ini menerima tawaran milik tanah notis 5A untuk berpindah dari kawasan tersebut yang merupakan sebuah tapak pembinaan Rumah Selangorku Pangsapuri Nilam dan Kristal di Taman Selayang Mutiara yang terbengkalai sejak tahun 2013.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah tersebut meliputi 10 orang di Kampung Sungai Tua dan sembilan di Kampung Bendahara, di sini diarahkan pindah ke Batu Arang dan Kuang supaya projek pembinaan tersebut dapat diteruskan.
“Kita bantu menyelesaikan pemilikan setinggan untuk penduduk di kawasan Sungai Tua, mereka duduk di tebing sungai yang kerap dilanda banjir.
“Tanah itu akan diambil alih untuk tujuan pembangunan semula oleh kerajaan negeri untuk kemudahan setempat atau bergantung kepada pelan kerajaan negeri selepas ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Dan Notis 5A di Dewan Rakyat Batu Caves di sini pada Sabtu. Dalam pada itu, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berharap pemindahan penduduk setinggan tersebut membawa berita gembira kepada pembeli unit-unit rumah di Pangsapuri Nilam dan Kristal di Taman Selayang Mutiara, di sini.
Ujarnya, projek pembinaan pangsapuri tersebut terbengkalai sejak tahun 2013 disebabkan penduduk setinggan yang mendiami kawasan tersebut
Kemaskini pada 2021-10-05 11:03:45 daripada Administrator