hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

28 September 2021 - Sinar Harian - Amaran buat penceroboh hutan simpan di Selangor

image

SELAYANG - Jabatan Perhutanan Selangor memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan hutan simpan untuk membina struktur kediaman, bercucuk tanam atau memelihara haiwan ternakan.
Timbalan Pengarah (Operasi Hutan) jabatan itu, Norddin Noor berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sebarang pencerobohan di kawasan hutan simpan bagi melindungi khazanah hutan negeri. Menurutnya, Selangor memperuntukkan hukuman tidak kurang RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan mengikut Seksyen 32 dan Seksyen 81 terhadap mana-mana individu yang menjalankan apa-apa aktiviti pencerobohan dalam hutan simpan.
"Jadi saya di sini mengambil peluang untuk memberitahu kepada semua peneroka supaya berhenti menjalankan apa jua aktiviti pencerobohan kerana tanah yang berstatus hutan simpan sama sekali tidak akan diberikan hak milik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam Operasi Penguatkuasaan Hutan Secara Bersepadu Bersama Agensi Penguatkuasaan Berkaitan di Hutan Simpan Bukit Lagong (Ops Lagong) di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peringatan itu dikeluarkan berikutan tindakan diambil Jabatan Perhutanan Selangor terhadap aktiviti pencerobohan hutan yang dikesan berlaku di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong sejak kebelakangan ini.


Kemaskini pada 2021-10-05 11:20:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page