hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

30 November 2021 - Sinar Harian - IPD Gombak catat penurunan jenayah indeks

image

GOMBAK - Jenayah indeks di daerah Gombak mencatatkan penurunan sebanyak 2,100 kes pada tahun lalu berbanding 2,500 kes pada 2019. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jenayah indeks sejak Januari hingga 23 November lalu turut mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 1,726 kes direkodkan. "Kita berharap trend penurunan ini akan berterusan pada tahun akan datang," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini pada Isnin. Mazlan berkata, beliau berbangga dengan pencapaian polis Gombak dalam mengurangkan jenayah di daerah tersebut. "Peningkatan populasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan secara tidak langsung memberi kesan di Gombak dari segi ketenteraman dan keselamatan awam. “Faktor itu menyokong pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak yang merupakan sebahagian daripada pelan keselamatan strategik pasukan polis dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di sini,” katanya. Mazlan berkata, pasukan polis telah menaik taraf beberapa asetnya dalam aspek teknologi persenjataan dan kelengkapan logistik termasuk kenderaan baharu. “Antara kenderaan yang diterima pasukan itu ialah 400 unit Toyota Hilux GS Cargo dan 240 unit van Go Auto Higer Ace.


Kemaskini pada 2021-12-13 10:34:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page