hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

11 Disember 2021 - Sinar Harian - Jam 5 pagi dah beratur bayar saman

image

GOMBAK - Seawal jam 5 pagi, orang awam sudah mula beratur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini bagi mengambil peluang menjelaskan saman tertunggak susulan kempen pengurangan saman sehingga 80 peratus sejak Khamis lalu. Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pegawai polis trafik kepada Sinar Harian sewaktu diminta berkongsi sambutan yang diterima di daerah itu menerusi kempen yang dilaksanakan hingga Ahad sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.Pegawai polis trafik berkenaan memaklumkan yang sambutan diterima daripada orang awam adalah di luar jangkaan hingga menyebabkan anggota bertugas tidak menang tangan. "Kaunter saman sibuk, ada yang beritahu mereka beratur dari jam 4 ke 5 pagi untuk bayar saman. Pegawai terlibat turut membantu jika tiada kes. "Kaunter mula dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tempoh kempen berjalan, ada juga anggota ditugaskan untuk pemantauan prosedur operasi standard (SOP)," kongsinya kepada Sinar Harian pada Sabtu. Seorang penduduk Gombak, Zaid Awang, 40 berkata, niatnya untuk sama-sama merebut peluang menjelaskan saman trafik sempena pengurangan saman itu terbantut susulan orang ramai beratur panjang. "Saya dah sampai tapi tak jadi bayar saman apabila melihat orang ramai beratur panjang. Saya dimaklumkan ada masa sistem tergendala menyebabkan urusan pembayaran saman tidak berjalan lancar. "Disebabkan sambutan yang menggalakkan ini, saya berharap kempen ini dapat dilanjutkan bagi membolehkan orang ramai membayar saman," katanya.


Kemaskini pada 2021-12-13 10:42:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page