hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

30 Disember 2021 - Sinar Harian - Projek Canal City boleh diteruskan jika dijamin atasi banjir: MB

image

GOMBAK - Projek Canal City boleh diteruskan jika dijamin mampu mengatasi jumlah taburan hujan luar jangka seperti berlaku pada 18 Disember lalu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan tebatan banjir yang dibuat semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, sebarang projek yang mahu dijalankan perlu menyelesaikan isu utama dihadapi. "Kita tidak boleh 'copy paste', tapi kena tengok berapa banyak jumlah hujan dan air yang mampu ditampung. Tak kisah namanya Canal City atau nama lain sekali pun, projek itu perlu mampu menampung jumlah air yang tinggi. "Kena terima hakikat pada 18 Disember lalu jumlah hujan tiga kali ganda daripada biasa, kalau buat terusan atau kedalaman tetap tidak dapat menampung kadar tersebut dan akan menyebabkan banjir," katanya pada Khamis. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula projek Canal City berikutan banjir besar yang berlaku di Selangor. Amirudin berkata, kerajaan negeri mempunyai pelan jangka masa panjang tebatan banjir di lokasi hotspot yang dikenal pasti sejak 2008. "Dalam tempoh tersebut, kita telah ambil langkah menangani banjir menerusi pembinaan kolam takungan serta mendalamkan sungai dan proses itu dilakukan secara berterusan.


Kemaskini pada 2022-01-04 16:09:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page