hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

30 Disember 2021 - Sinar Harian - RM46 juta baiki cerun runtuh di Gombak

image

GOMBAK - Kerajaan negeri Selangor akan memohon bantuan daripada kerajaan Pusat bagi menampung baik pulih 67 tebing yang runtuh di Gombak dengan kos keseluruhan bernilai RM46 juta.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abdul Aziz pada Khamis, jumlah itu diperlukan untuk baik pulih kerosakan keseluruhan termasuk enam cerun kritikal. Menurut beliau, antaranya pembaikan tebing runtuh di Apartmen Teratai, Selayang yang runtuh pada 18 Disember lalu melibatkan kos RM1.5 juta. "Saya akan cuba berbincang dengan kerajaan Pusat mengenai jumlah yang boleh dibantu, tetapi kerajaan negeri akan melaksanakan pembaikan terlebih dahulu terutama di lokasi kritikal. Amirudin (kiri) meninjau keadaan tebing runtuh di Apartmen Teratai, Selayang pada Khamis. "Jumaat ini, saya ada hadir MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), kita akan kenal pasti jumlah yang diperlukan untuk baik pulih infrastruktur, tanah runtuh dan jalan susulan bencana banjir 18 Disember lalu," katanya ketika meninjau tebing runtuh di Apartmen Teratai, Bandar Baru Selayang pada Khamis. Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sebanyak 38 keluarga diarah mengosongkan unit di Apartmen Teratai dan dua bulan masa diperlukan bagi baik pulih tebing runtuh. "Kerajaan negeri akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap keluarga dan mengusahakan zakat untuk memberikan bantuan. "Sementara kerja baik pulih dilakukan, mereka boleh berpindah di pusat pemindahan sementara (PPS) atau tempat yang dirasakan sesuai.


Kemaskini pada 2022-01-04 16:14:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page