hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

20 Mac 2022 - Sinar Harian - PKNS sasar bina 1,000 unit Rumah Selangorku setiap tahun

image

GOMBAK - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan sebanyak 1,000 unit Rumah Selangorku (RSKU) dibina di seluruh negeri itu setiap tahun. Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan pihak pemaju yang menggunakan teknologi terkini dalam industri pembinaan. Menurutnya, setakat ini, sebanyak 882 unit rumah RSKU di Cyberjaya, Sepang dibina menggunakan teknologi 'Industrialised Building System' (IBS), yang mana komponen rumah tersebut dibina di kilang sebelum dihantar ke tapak pembinaan bagi tujuan pemasangan. "Teknologi IBS melibatkan pembinaan komponen rumah di kilang, bukan di bawah panas terik seperti kaedah pembinaan konvensional yang lebih terdedah kepada risiko keselamatan. "Jadi selepas dihasilkan di kilang, ia dihantar ke tapak binaan dan dipasang di lokasi itu seperti pasang siap," katanya ketika Majlis Pelancaran Unit Pangsapuri Bayu Residensi dan lawatan tapak ke Unit Rumah Selangorku (RSKU) di Seri Temenggung, Batu Caves, di sini pada Sabtu. Mengulas lanjut, Mahmud berkata, teknologi sama turut digunakan untuk menyiapkan 420 unit rumah RSKU di Seri Temenggung, Batu Caves di sini dengan gabungan sistem 'formwork'. Beliau yang teruja ketika melawat tapak pembinaan unit rumah berkenaan percaya bahawa projek tersebut mampu menjadi salah sebuah rancangan perumahan yang berjaya di kawasan sekitar sini. "Kami di PKNS sebagai tunjang industri hartanah memang ingin bekerjasama dengan pihak-pihak yang menggunakan teknologi sebegini supaya industri pembinaan dapat berkembang.


Kemaskini pada 2022-04-11 11:50:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page