hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

RUMAH KEBAJIKAN MOHON BANTUAN - 02.02.2016

Rumah kebajikan mohon bantuan

GOMBAK - Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nur Jannah memerlukan bantuan serta sumbangan orang ramai untuk melancarkan pengoperasiannya.

Rumah kebajikan yang baru dibuka setahun lalu itu menempatkan anak-anak kurang bernasib baik berusia antara enam hingga 16 tahun dan  terpaksa beroperasi dalam keadaan serba kekurangan dengan modal sendiri selain sumbangan kenalan rapat.

Pengelolanya, Zurina Zainudin, 40 berkata, meskipun tidak pernah terputus bekalan makanan, namun kos bulanan yang perlu ditanggungnya agak tinggi.

“Sekurang-kurangnya kos pengurusan dua rumah menempatkan asrama lelaki dan perempuan adalah RM22,000 dan RM4,000 untuk membeli keperluan makanan seperti beras, gula dan barang basah.

"Jika pusat kebajikan lain biasanya kos dapat dijimatkan tanpa perlu membeli beras disebab ada sumbangan orang ramai, tapi di sini kami perlu membelinya disebabkan belum dikenali lagi.

“Sebelum ini, kami menyewa sebuah rumah tapi selepas mengambil kira faktor pergaulan antara penghuni, kami menyewa sebuah lagi rumah di Sri Gombak untuk asrama lelaki manakala di Batu 10 pula asrama perempuan," katanya.

Katanya, dia turut mengharapkan sumbangan orang ramai yang boleh menyalurkan bantuan van bagi memudahkan pengangkutan anak-anak ke sekolah.

“Kami bergantung sepenuhnya kepada sebuah kereta Proton Iswara selepas sebuah lagi kereta bermasalah. Jadi terpaksa berulang alik menghantar anak-anak selain mengharapkan khidmat bas awam. Bagi yang bersekolah  dekat, anak-anak ini akan berjalan kaki.

“Untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah memang pengurusan tak mampu kerana harga bagi seorang anak adalah RM80. Jika dapat van terpakai pun sudah memadai bagi memudahkan mereka bergerak,” katanya.

Zurina berkata, dia turut mengalu-alukan sumbangan lain termasuk kipas, tilam, almari baju, sejadah dan al-Quran.

“Kami juga bercadang untuk membeli lokar untuk memudahkan anak-anak menyimpan barangan peribadi kerana buat masa ini semuanya diletak di luar atau dalam sebuah almari saja.

“Pusat kebajikan turut mengalu-alukan orang ramai atau ilmuwan untuk bersama-sama mengadakan kelas bersama anak-anak di sini.

"Selain tempat mereka berteduh, kami mahu semua daripada anak-anak ini diberikan ilmu agama secukupnya supaya berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan boleh menghubunginya menerusi 013-3251544.

Bagi yang mahu menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun BSN Pertubuhan kebajikan dan pendidikan Raudhatul Nur Jannah 14008-41-00002187-1


Kemaskini pada 2016-02-04 09:24:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page