hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita Harian - 29 Disember 2017 (3 penjenayah ditembak mati )

image

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat (tengah) melihat mayat tiga orang penjenayah yang di tembak di Hulu Yam Bharu, Batu Caves. - Foto Khairul Helmy Mohd Din

GOMBAK: Polis menembak mati tiga penjenayah dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bahru, Batu Caves, di sini, petang tadi.

Ketiga-tiga suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Swift berwarna putih pada mulanya dikesan berlegar di sebuah pusat komersial di Bandar Baru Selayang, dekat sini, kira-kira jam 6 petang.

Susulan maklumat risikan itu, hebahan dibuat oleh polis daerah Gombak kepada semua pasukan dan unit peronda yang berada di lapangan untuk menahan semua suspek.

Menyedari kehadiran polis, suspek berusaha melarikan diri dengan memecut kenderaan mereka.

Selepas lebih 30 minit mengejar, polis yang menaiki dua kenderaan, berjaya mengepung masa di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Baru Selayang dan meminta mereka menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat, berkata menyedari diri mereka terkepung, seorang suspek bertindak nekad melepaskan tembakan ke arah polis.

"Anggota kita tiada pilihan selain membalas tembakan ke arah mereka untuk mempertahankan diri menyebabkan ketiga-tiga suspek mati ditembak kejadian.

"Pemeriksaan menemukan sepucuk pistol jenis Beretta .22 dan dua bilah parang dalam kenderaan suspek," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, di sini, sebentar tadi.

Katanya, buat masa ini, polis belum dapat memastikan identiti semua suspek kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui, namun mereka dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an.

"Ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dengan beberapa kes samun keluar bank yang dilaporkan berlaku di sekitar Selangor.

"Kita masih meneruskan siasatan berapa banyak kes membabitkan kumpulan ini.

"Ini kerana untuk tempoh tahun ini sahaja, sebanyak 86 kes samun keluar bank dicatatkan di Selangor membabitkan jumlah kerugian RM8 juta, dipercayai didalangi beberapa kumpulan, termasuk tiga lelaki yang ditembak mati hari ini," katanya.

Katanya, kumpulan berkenaan turut dikesan aktif melakukan kegiatan itu di negeri berhampiran, antaranya Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kes terbaharu membabitkan samun keluar bank dilaporkan di Shah Alam, tengah hari tadi, membabitkan kerugian RM100,000.

Fadzil berkata, kes tembak itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

 


Kemaskini pada 2018-01-02 12:27:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page