hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

12 April 2020 - Sinar Harian - Medibot bantu saring pesakit Covid-19 secara jarak jauh

image

GOMBAK - Sekumpulan pensyarah dan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bekerjasama mencipta robot dikenali sebagai 'Medibot' sebagai alat untuk melakukan ujian saringan kesihatan terhadap pesakit koronavirus (Covid-19).
Pensyarah, Dr Hasan Firdaus Mohd Zaki berkata, di peringkat permulaan, robot yang akan ditempatkan di Pusat Perubatan UIAM di Kuantan itu dapat membantu petugas kesihatan membuat saringan secara jarak jauh bagi mengurangkan risiko terdedah dengan jangkitan wabak Covid-19.

“Robot 'Medibot' dilengkapi alat kawalan jauh bervisual dengan kemudahan pembesar suara dan mikrofon bagi membolehkan doktor berinteraksi dengan pesakit tanpa perlu bersemuka.
“Ia turut dilengkapi dengan alat pengesan suhu dan sistem penggera yang akan berfungsi kepada pesakit yang mencapai suhu badan tinggi," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Katanya, robot 'Medibot' itu juga mempunyai sistem semburan nyah kuman yang boleh digunakan dalam bangunan atau kawasan terbuka selain dilengkapi dengan sinar UV-C.

"Robot ini bukan hanya membantu petugas kesihatan melakukan pemeriksaan jarak jauh, malah membantu sanitasi kawasan sekitar agar sentiasa bebas kuman.


Kemaskini pada 2020-04-16 13:27:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page