hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

14 Februari 2021 - Sinar Harian - Polis tahan pemandu kereta rempuh SJR

image

GOMBAK - Polis menahan seorang lelaki yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Desa Aman Puri, Desa Jaya di sini pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 pagi ketika anggota polis menahan sebuah Proton Wira hitam yang dinaiki oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota polis bertugas telah mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.
"Apabila dihampiri anggota polis, pemandu tersebut terus memecut kenderaannya lalu melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, anggota polis kemudian mengejar kenderaan dipandu lelaki berkenaan sehingga ke kawasan Perumahan Perdana Puri yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari lokasi SJR tersebut.

"Pemandu kereta itu kemudian bertindak berpatah balik dan memecut laju ke arah khemah SJR dan hampir merempuh seorang anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun, lelaki itu telah memberhentikan keretanya dalam keadaan mengejut dan mengundurkan keretanya dengan laju sebelum melanggar batu pembahagi jalan berhampiran dengan khemah SJR tersebut," katanya.

Akibat pelanggaran itu, katanya, kenderaan tersebut tidak boleh bergerak dan akhirnya lelaki itu berjaya ditangkap.

"Semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan satu rekod jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Keputusan ujian saringan ujian air kencing juga mendapati dia positif methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Pindaan 2021.

"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang dan reman telah dibenarkan selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

"Suspek disyaki melarikan diri dari SJR kerana menagih dadah dan tidak mempunyai kebenaran rentas daerah atau negeri," katanya.


Kemaskini pada 2021-02-16 15:15:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page