hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

26 September 2021 - Sinar Harian - Tambah baik pengangkutan awam sebelum perketat lesen warga emas

image

GOMBAK - Kerajaan perlu menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam sebelum memperketat syarat pengeluaran lesen memandu kepada warga emas berusia 70 tahun dan ke atas.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Tan Sri Wan Mahmood Pa'wan Teh berkata, cadangan termasuk mengenakan syarat-syarat khas bagi pemandu warga emas itu adalah langkah yang baik, namun perlu dikaji secara mendalam. Menurutnya, keputusan itu tidak boleh berasaskan kejadian terpencil sahaja tetapi perlu mengambil kira pandangan semua pemegang taruh.


"Keputusan juga perlu mengambil kira keadaan pengangkutan awam yang tidak memuaskan terutama di kawasan luar bandar.

"Kami mencadangkan semua pengangkutan awam hendaklah diubah suai menjadi mesra warga emas atau orang kurang upaya (OKU) sebelum syarat pengeluaran lesen warga emas diperketatkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Wan Mahmood berkata, tahap kesihatan dan fizikal yang disahkan doktor sebagai syarat pengeluaran lesen memandu merupakan satu cadangan yang baik.

"Lesen memandu ini perlu diperbaharui setiap tahun dan disertakan dengan surat sijil kelayakan daripada doktor dalam permohonan seperti yang dikenakan bagi lesen memegang senjata api yang dikendalikan oleh pihak polis pada masa ini.

"Bayaran untuk mendapatkan sijil kelayakan ini hendaklah ditetapkan oleh kerajaan dan tidak membebankan pesara," katanya.


Kemaskini pada 2021-10-05 11:36:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page