hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

02 Februari 2022 - Sinar Harian - Mangsa banjir belum terima BSB di Klang, Petaling masih ramai

image

SELAYANG - Klang dan Petaling mencatatkan bilangan paling tinggi mangsa banjir yang belum menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) berbanding daerah-daerah lain. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, agihan akan dipercepat selepas bantuan mangsa banjir di daerah-daerah lain selesai. "Hampir semua daerah selesai proses agihan bantuan kecuali dua daerah tersebut menyebabkan beberapa rungutan mengenai perkara itu diterima. "Giliran bantuan di daerah tersebut belum sampai kerana kita ada kapasiti tertentu untuk pengeluaran dan pemberian menyebabkan proses tersebut sedikit lambat," katanya mengulas isu kelewatan bantuan BSB kepada mangsa banjir. Beliau ditemui ketika program minum petang bersama aktivis komuniti Cina Parlimen Gombak sempena Tahun Baharu Cina di sini, pada Rabu. Tambah beliau, kelewatan turut disebabkan jumlah penerima dan pemohon bantuan yang tinggi. Katanya, setakat ini lebih RM100 juta akan dibelanjakan untuk BSB melibatkan lebih 100,000 permohonan. Dalam pada itu, dijangka gabungan badan bukan kerajaan (NGO) bersama penduduk terkesan banjir akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, pada Khamis.


Kemaskini pada 2022-02-07 10:11:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page