hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

19 Mac 2022 - Sinar Harian - MB Selangor dakwa MySejahtera caj RM10 untuk sijil vaksinasi

image

GOMBAK - Pihak pengendali aplikasi MySejahtera didakwa mengenakan caj sebanyak RM10 untuk pengeluaran sijil vaksinasi Covid-19 bagi individu yang melengkapkan suntikan vaksin berkenaan menerusi program Vaksin Selangor (SelVax). Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara tersebut yang turut menjadi punca lebih 12,000 penerima vaksin Covid-19 melalui program tersebut masih belum menerima sijil vaksinasi baru-baru ini. Menurutnya, pengendali aplikasi berkenaan tidak sepatutnya mengenakan caj untuk mengaut keuntungan kerana ia merupakan hak rakyat mendapatkan sijil vaksinasi. "Saya dimaklumkan ada permintaan kepada setiap pensijilan vaksinasi untuk hubungkan ke sana (aplikasi MySejahtera) nak caj RM10," katanya. Bagaimanapun beliau berharap perkara itu tidak berlaku dan pengendali MySejahtera sudah mendapat bayaran untuk pembinaan aplikasi itu. "Kenapa nak kenakan caj pula untuk (sijil vaksinasi) itu jika ia untuk kesepadanan data yang akhirnya menjadi satu faedah pengumpulan data kepada MySejahtera," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Unit Pangsapuri Bayu Residensi dan lawatan tapak ke Unit Rumah Selangorku (RSKU) di Seri Temenggung, Batu Caves, di sini pada Sabtu. Isu itu turut dibentangkan oleh Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada Jumaat. Amirudin memaklumkan pihaknya bersama Siti Mariah mewakili kerajaan Selangor akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu tersebut.


Kemaskini pada 2022-04-11 11:46:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page