hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

05 April 2022 - Sinar Harian - Penduduk terpaksa hadap isu jalan sesak sejak puluhan tahun

image

RAWANG - Penduduk khususnya pengguna jalan raya terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Jalan Kuang di sini yang didakwa berlarutan sejak puluhan tahun. Sebuah video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa tular memaparkan jalan tersebut yang didapati sesak akibat jalan dua lorong menjadi satu di Jalan Kuang berhadapan sebuah kilang simen di sini. Video berdurasi tiga minit 58 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang merakam kesesakan tersebut turut berlaku di sekitar Taman Garing, di sini. Menurutnya, kesesakan tersebut turut dirasai oleh pengguna jalan raya yang tinggal di Selayang, Bandar Country Homes dan sekitarnya. "Selain daripada kesesakan orang nak masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Garing di lampu isyarat yang menyebabkan kesesakan lalu lintas, hari-hari berpuluh tahun rakyat di sini menghadapi masalah," katanya.


Kemaskini pada 2022-04-11 14:40:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page