hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

21 Mei 2022 - Sinar Harian - MB sedia bertemu persatuan, pembekal ayam

image

GOMBAK - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersedia untuk berjumpa dengan semua pihak termasuk persatuan penternak dan pembekal ayam bagi menyelesaikan isu bekalan ayam di Selangor. Beliau berkata, isu tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak khususnya pengguna dan penternak. "Penternak akan menanggung kerugian lebih lama sekiranya isu ini berlarutan kerana kos yang meningkat," katanya mengulas isu bekalan ayam di Selangor. Beliau ditemui ketika meninjau perjalanan Pemilihan PKR Cabang Gombak di Dewan Beringin Seri Gombak di sini, pada Sabtu. Amirudin turut memberi jaminan bekalan ayam daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tetap diteruskan di pasar borong. "Namun jumlahnya tidak mencukupi disebabkan pembekal mengikut kehendak persatuan," katanya. Beliau berkata, isu tiada bekalan ayam di Selangor disebabkan beberapa faktor seperti peningkatan harga makanan ayam yang terpaksa ditanggung penternak. "Terdapat juga polisi di peringkat pusat menyebabkan isu ini berlaku dan intervensi kita hanya dapat mengawal seketika sahaja.


Kemaskini pada 2022-05-30 12:00:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page