hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Medan Selera Greenwood dibuka September ini - 16 OGOS 2015

 

 

Medan Selera Greenwood dibuka September ini - 16 OGOS 2015Medan Selera Greenwood dibuka September ini

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menyampaikan surat tawaran kepada peniaga yang layak.

GOMBAK - Medan Selera Greenwood dijadualkan beroperasi awal September ini dan sebanyak 15 surat tawaran dikeluarkan kepada peniaga yang layak Isnin lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahmad Fauzi Ishak berkata, kadar sewa medan baharu  ditetapkan kepada RM500 dan operasi jualan perlu dilakukan sekurang-kurangnya empat jam.

“Kebersihan kawasan akan dilakukan kontraktor dilantik namun menjadi tanggungjawab peniaga untuk memastikan unit sentiasa bersih bagi kebaikan bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu katanya, fasa kedua pembangunan pekan Greenwood dengan tambahan 30 unit kedai lagi akan dimulakan menjelang Oktober ini.

Menurutnya, notis pengosongan premis medan lama telah dikeluarkan dan diberikan sehingga 1 September ini untuk membolehkan fasa seterusnya dilakukan.

“Penerangan kepada peniaga telah dibuat semasa majlis penyerahan tawaran kunci dan mereka yang tercicir semasa pemindahan fasa 1 akan diberi keutamaan bagi fasa seterusnya.

“Mereka juga telah ditawarkan unit kosong di beberapa gerai MPS terutama di Taman Berlian bagi membantu mereka meneruskan perniagaan di tapak baru,” katanya.

 

 


Kemaskini pada 2016-05-12 15:14:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page