Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK

OKU BUKTI KEMAMPUAN DALAM MASAKAN - 05.03.2016

OKU bukti kemampuan dalam masakan

SELAYANG - Minat dalam bidang masakan tidak disia-siakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang menghadapi masalah pendengaran selepas bakatnya bakal dipertandingkan dalam pertandingan Abilympics di Perancis, bulan depan.
 
Pelajar tahun akhir Kursus Asas Kulinari Kolej Komuniti Selayang, Muhamad Safiuddin Rosli, 20, berkata, dia tidak menyangka bakal menjejakkan kaki ke negara orang, sedangkan tujuan asalnya mengikuti kursus asas selama 20 bulan di kolej itu sekadar memenuhi minat.
 
Menurutnya, dia membuat persediaan lebih lima bulan hasil tunjuk ajar tenaga pengajar untuk penyediaan tiga hidangan dalam masa tiga jam.
 
“Saya harap pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada pelajar OKU lain untuk berjaya dalam bidang diminati dan tidak berputus asa.
 
“Sememangnya saya terkejut dan berdebar-debar untuk pertandingan nanti tapi akan cuba sebaik mungkin untuk mengharumkan nama negara,” katanya.
 
Selain Muhamad Safiuddin, seorang lagi pelajar Kolej Komuniti Selayang, Yap Yee Heng, 22, yang menghadapi masalah pendengaran juga bakal mewakili Malaysia dalam pertandingan itu.
 
Sementara itu, Pensyarah Pendidikan Khas Kolej Komuniti Selayang, Nor Asfarul Lail Azwan Haris berkata, sejak 2007 kelas disediakan bagi pelajar OKU yang menghadapi masalah pembelajaran dan pendengaran selama 20 bulan atau lima semester termasuk latihan industri selama empat bulan.
 
“Program pendidikan ini adalah bagi membantu OKU ini mendapatkan pekerjaan, di mana calon diberikan kelonggaran syarat dengan perlu melampirkan sijil tamat persekolahan dan kad OKU.
 
“Setiap tahun seramai 14 pelajar diambil, di mana kelasnya diasingkan dengan pelajar normal lain bagi memudahkan sesi pembelajaran dan komunikasi,” katanya.
 
Menurutnya, kolej menghantar empat wakil untuk pertandingan bagi peringkat negeri dan kebangsaan, sebelum dua daripadanya dinobatkan juara dan terpilih mewakili negara.

Kemaskini pada 2016-03-07 10:08:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hakcipta | Mengenai Kami | W3C | Peta Laman | Hubungi Kami

Hakcipta © 2019 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

No Telefon : 03-61261500 , No Faks : 03-61361073 , Emel : gombak@selangor.gov.my

Paparan terbaik menggunakan :  IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas 

Total count : 1100503 Tarikh Kemaskini : 31-05-2020