hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 22 Januari 2018 ( Lebih empat jam operasi selamatkan mangsa jatuh )

Lebih empat jam operasi selamatkan mangsa jatuh

RAWANG - Pasukan Bomba dan Penyelamat Rawang mengambil masa lebih empat jam untuk menurunkan seorang mangsa yang cedera selepas terjatuh di air terjun Sungai Kanching, Taman Templer, di sini, malam kelmarin.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, dalam kejadian jam 6.23 petang itu, seorang lelaki berusia 26 tahun berasal dari Sabah patah tulang pinggul selepas terjatuh dari ketinggian empat meter.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang ke lokasi sebaik panggilan kecemasan diterima.

“Mangsa ke kawasan riadah itu bersama tiga lagi rakannya dan berada di puncak air terjun yang ketinggiannya adalah 400 meter.

“Mangsa berjaya dibawa turun menggunakan pengusung jam 10.20 malam, sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi selesai sepenuhnya kira-kira jam 11.30 malam.


Kemaskini pada 2018-01-23 10:51:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page