hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 25 Januari 2018 ( Jalan ke Bristol ditutup serta merta )

Jalan ke Bristol ditutup serta merta

RAWANG - Laluan ke Jalan Bristol (B25) ditutup serta merta bermula kelmarin atas faktor keselamatan susulan insiden kereta terbabas di jalan milik tanah persendirian itu, Ahad lalu.

Lokasi tersebut merupakan sempadan jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) di hadapan Kilang Lafarge Rawang dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Kuang.

Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim berkata, jalan yang ditutup sejak kelmarin itu belum dimuktamadkan tempoh penutupannya.

Menurutnya, ia akan dibuka selepas disahkan selamat oleh JKR Gombak.

“Struktur jalan tersebut berisiko kerana tidak diselenggarakan dan terdapat tanah runtuh yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

“Perhatian dan tindakan tetap perlu diambil meskipun status jalan adalah tanah persendirian tambahan jalan turut digunakan orang awam,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Gombak.

Kelmarin, penutupan jalan dibuat sekitar jam 5.30 petang dan notis pemberitahuan diedarkan.

Laluan tersebut selain digunakan oleh kenderaan berat turut menjadikan laluan awam bagi penduduk Kuang yang mahu ke Pekan Rawang.

Akses lain yang boleh digunakan selepas penutupan jalan tersebut termasuk Lebuhraya Latar dan jalan Rawang-Batu Arang.


  •  
  • Print
  • Email this page