hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 24 Januari 2018 ( Enam rumah tenggelam akibat hujan lebat )

Enam rumah tenggelam akibat hujan lebat

RAWANG - Beberapa kawasan sekitar Rawang dan Sungai Buloh ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, kawasan terjejas termasuk Paya Jaras Hilir melibatkan sekurang-kurangnya enam rumah ditenggelami air akibat ban pecah.

Beliau berkata, air naik sehingga 0.5 meter dan mangsa dibawa keluar oleh anggota bomba bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

“Sehingga jam 7 petang, air mulai surut secara berperingkat dan tidak melibatkan mangsa. Selain itu, tiada pusat pemindahan dibuka,” katanya.

Katanya, laluan MRT Damansara Damai dan KTM Sungai Buloh turut ditutup susulan banjir kilat dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Sementara itu, jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, tiga kawasan di Gombak dan Rawang turut ditenggelami air di Kampung Bahagia Gombak, Taman Rahmat Jaya Kuang dan Jalan Batu Arang di hadapan pusat beli-belah Aeon Rawang.

Bagaimanapun, ia tidak melibatkan melibatkan mangsa.


  •  
  • Print
  • Email this page