hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita Harian - 19 Jun 2018 - Amirudin ajak rakyat Selangor bersatu

image

 
GOMBAK: Menteri Besar, Amirudin Shari, mengajak warga Selangor mengimarahkan masjid sebagai tempat menyuburkan semangat perpaduan.
 
"Sengketa politik sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, tidak seharusnya berlanjutan, sebaliknya sekarang adalah waktu untuk merapatkan ukhuwah antara satu sama lain," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Kesyukuran di Masjid Al Amaniah, Batu Caves di sini, malam ini.
 
Majlis itu adalah yang pertama disertainya bersama rakyat selepas mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang, pagi tadi.
 
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 penduduk sekitar kawasan berkenaan, turut diadakan bacaan Yassin dan solat hajat.
 
Amirudin berharap beliau bersama pentadbir negeri, diberikan kekuatan untuk mentadbir Selangor, sebagai negeri yang menjadi 'role model' di peringkat Persekutuan.
 
Sementara itu, Amirudin dalam sidang media selepas majlis berkenaan, mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat yang disifatkan sebagai pencetus kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu.
 
"Majlis ini secara langsung sebagai luahan rasa syukur ke hadrat Illahi di atas pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor.
 
"Lantikan ini adalah suatu amanah yang perlu saya laksanakan secara bersungguh-sungguh. Saya berterima kasih kepada penduduk sekitar sini yang memungkinkan saya menjawat sebagai Menteri Besar," katanya.
 
Amirudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dilantik Menteri Besar Selangor selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

  •  
  • Print
  • Email this page