hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita Harian - 03 Ogos 2018 - 'Saya dengar suami menjerit'

image

GOMBAK: "Saya dengar suami menjerit. Saya kemudian pergi ke bilik anak perempuan dan beritahu ada kebakaran," kata Aznin Ishak, 61.

Aznin adalah isteri kepada Ahmad Zabidi Abdul Rashid,67 yang maut selepas terjun dari tingkat satu sebuah rumah di Jalan SG 2/5, Taman Sri Gombak, di sini, kira-kira jam 2.15 pagi tadi, ketika mahu menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran di kediamannya.

Aznin berkata, bilik tidurnya berada di tingkat atas rumah berkenaan dan menyedari berlaku kebakaran apabila asap mula masuk ke dalam biliknya.

"Arwah mempunyai asma, dia kemudian menjerit lemas, lemas.. ketika itu pintu jeriji bilik berkenaan namun saya mempunyai kunci berkenaan.

"Saya kemudian membuka pintu jeriji terbabit sebelum bertindak terjun ke sengkuap di bahagian kiri bilik," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Menurutnya, suaminya juga cuba untuk terjun dari sengkuap di bahagian hadapan namun tergelincir sebelum jatuh dari sengkuap berkenaan.

"Ketika kejadian terdapat jiran saya di bawah yang memeriksa keadaannya. Saya juga cuba bertanya sama ada dia baik atau tidak.

"Bila saya berada di bawah, jiran-jiran termasuk menantu tertanya-tanya kenapa arwah masih belum bangun di sebelum diberitahu dia sudah meninggal dunia," katanya.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba mengesahkan suaminya itu sudah meninggal dunia.

Jenazah kemudian dibawa oleh van jenazah ke Hospital Selayang.

"Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat ini," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.20 pagi berhubung kejadian.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dibantu BBP Rawang, Kepong, Gombak dan Bangi bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan 70 peratus di tingkat atas kediaman berkenaan. Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan sekitar kira-kira 15 minit," katanya ketika dihubungi.


Kemaskini pada 2018-08-14 11:50:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page