hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 12 Ogos 2018 - Satu kontena baju, buku untuk Uganda

Satu kontena baju, buku untuk Uganda

GOMBAK - Satu kontena berisi buku dan pakaian berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang awam dan akan dihantar ke penduduk Islam di Uganda dalam misi  Kontena4Uganda.

Program kebajikan anjuran Islamic University In Uganda (IUIU), Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan sukarelawan dari Charity Comrades dan  MyCorps Alumni ini dijalankan sejak 3 Julai lalu.

Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling UIAM, Dr Siraje Abdallah Ssekamanya berkata, beliau yang menetap di Malaysia sejak 23 tahun lalu akan pulang ke negara asal dan  berkhidmat sebagai pensyarah IUIU

Menurutnya, atas faktor kesukaran mendapatkan buku rujukan di negaranya telah mendorong beliau mengumpul bahan ilmiah untuk dibawa pulang ke sana.

"600 kotak mengandungi buku baharu dan terpakai pelbagai subjek seperti bahasa Inggeris, perubatan, kejuruteraan , teknologi maklumat dan pengurusan berjaya dikumpulkan dalam tempoh kurang sebulan.

"Buku perubatan mahal mencecah RM1,000 dan kebanyakan orang Islam di sana ketinggalan dalam pendidikan disebabkan dari kumpulan minoriti. Bantuan ini sedikit sebanyak  membantu mereka mendapatkan pendidikan sempurna," katanya.

Sementara itu, Pengasas Charity Comrades, Wan Nurul Amierah Che Abdul Ghani yang pernah terlibat dalam misi kemanusiaan di Uganda selama dua bulan pada Januari lalu terpanggil turut serta  sebagai membantu masyarakat Islam di sana.

"Selain bekalan makanan, pakaian antara keperluan asas yang diperlukan penduduk di sana. Kebanyakan mereka khususnya kanak-kanak menggunakan baju yang sama setiap hari sehingga lusuh dan koyak disebabkan kesempitan hidup.. kebanyakan mereka yang tinggal di sana adalah petani.

"Kami pernah membeli pakaian terpakai di sana untuk diagihkan kepada komuniti itu namun jumlahnya tidak mencukupi dan kualitinya tidak sebaik di negara kita," katanya.

 

image

Katanya, dia terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan melebihi jangkaan.

"Sebanyak 650 bungkusan baju berjaya dikumpulkan sehingga 22 Ogos lalu dari seluruh negara dan dikumpulkan di UIAM.

"Dijangka masa sebulan diambil untuk kontena itu tiba di Uganda. Projek akan diteruskan pada masa akan datang, bergantung kepada keperluan," katanya.

 


Kemaskini pada 2018-08-14 11:56:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page