tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MENTERI BESAR SELANGOR MENGALU-ALUKAN MAKLUM BALAS RAKYAT

SHAH ALAM, 19 JUN : Bersempena setahun menggalas tanggungjawab selaku Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengalu-alukan maklum balas dan cadangan daripada

rakyat supaya pentadbirannya sentiasa berjalan lancar.
 

 

Amirudin dalam kenyataan berkata, beliau berazam untuk meningkatkan pencapaian hasil negeri, memberdaya rakyat Selangor menerusi pelbagai program sekaligus

menjadikan negeri itu damai sentosa.
 

 

“Setahun yang lalu, saya diberi amanah menggalas tanggungjawab sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor ke-16.
 

 

“Dengan penuh tekad, saya berazam untuk meningkatkan pencapaian hasil negeri, memberdaya rakyat Selangor menerusi Program Inisiatif Peduli Rakyat serta mensejahtera

negeri dengan suasana Selangor yang damai dan sentosa,” tulisnya dalam kenyataan menerusi posting di Instagram.
 

 

Sementara itu, Amirudin berkata, beliau turut mengharapkan dokongan dan sokongan padu daripada penjawat awam, kakitangan swasta dan seluruh kepimpinan Selangor.
 

 

“Justeru dokongan dan sokongan padu daripada penjawat awam, kakitangan swasta, serta kepimpinan Selangor di seluruh peringkat amatlah saya harapkan.
 

 

“Saya amat mengalu-alukan maklum balas serta cadangan terutamanya daripada rakyat agar pentadbiran ini akan sentiasa mengutamakan agenda kemakmuran bersama,”

katanya.
 

 

Pada masa sama, beliau optimis semoga usaha untuk merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama dapat dicapai sebaiknya.
 

 

“Saya memanjatkan doa agar kita semua diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk meneruskan usaha memakmurkan Selangor. Semoga kita kekal seiringan dalam usaha kita

merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama,” katanya.
 

 

Hari ini Amirudin genap setahun menggalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 susulan kemenangan luar biasa Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
 

 

Beliau menggantikan tempat bekas Menteri Besar sebelumnya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang terpaksa melepaskan jawatan itu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir

Mohamad memerlukan khidmat beliau menggalas tugas lebih besar di peringkat persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Kemaskini pada 2019-06-24 14:31:57 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini735
Minggu IniMinggu Ini4724
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248145
qrcode
Visitor count : 2248146 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24