tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

 "TERBAIK DARI KAMI" 

Mukim Damansara : Kampung Batu Tiga


                  Kampung Batu Tiga dikenali dengan nama Kampung Melayu Kebun bunga atau Kampung Kebun Bunga sahaja. Ia telah dibangunkan pada sekitar awal tahun 1970-an oleh para pekerja kilang gula dan pekerja ladang estet di kawasan ini. Diperingkat awal, peneroka awal kampung ini hanya seramai 45 orang sahaja.

                  Kampung ini dinamakan Kampung Kebun Bunga kerana pada awalnya, kawasan kampung ini ialah tempat penanaman pokok bunga atau nursery. Selain itu, terdapat banyak pokok-pokok seperti pokok kayumanis dan buah pula ditanam di sini. Kampung ini juga mempunyai sebuah tasik kecil yang dipanggil "Lake Garden" sesuatu ketika dulu. Menurut cerita juga, asal usul nama Kampung Batu Tiga ini bermula daripada kisah terdapatnya sebuah pelabuhan dagang di Damansara. Pelabuhan ini merupakan tempat persinggahan peladang-peladang untuk berdagang. Barang-barang dagangan mereka disimpan di kampung ini dan jarak perjalanan pelabuhan itu ke kampung ini adalah tiga (3) batu. Oleh itu, kampung ini diberi nama Kampung Batu Tiga.
     
                   
Ada juga cerita yang mengatakan bahawa pada tahun 1958 kampung ini pernah dipanggil "Kampung Selisih". Pada masa kini, kebanyakan  kampung-kampung asal disini telah dijadikan kawasan perumahan tetapi masih terdapat sedikit kawasan kebun bunga yang masih dipelihara dengan baik sebagai peninggalan sejarah nama kampung ini. Rumah-rumah sewa juga telah dibina di kampung ini sebagai salah satu sumber pendapatan penduduk.

                 Pada era 1970-an hingga pertengahan 1990-an, Pekan Batu Tiga memainkan peranan yang penting sebagai jalan perhubungan utama dari kawasan Shah Alam dan Klang ke kawasan Banting dan Kuala Langat. Pada masa kini, Pekan Batu Tiga seolah-oleh sepi kerana kedudukan pekan lama ini telah menjadi rendah daripada paras jalan raya. Ini kerana jalan raya baru telah dibina di kawasan ini tambahan pula pekan lama ini mudah dibanjiri air apabila hujan lebat. Deretan bangunan lama dan usang yang dahulunya merupakan kedai-kedai telah lama ditinggalkan dan terbiar uzur. Walau bagaimanapun, terdapat juga peniaga yang masih menggunakan bangunan lama ini sebagai tapak kedai mereka. Keadaan ini agak membahayakan kerana struktur bangunan kedai berkenaan sudah tidak kukuh lagi. Selain itu,banyak atap yang telah bocor dan rosak.

                   Kawasan Kampung Batu Tiga ini terletak berhampiran dengan Sungai Damansara. Sebenarnya, dari segi geografi kampung ini berada agak rendah dari paras air sungai iaitu Sungai Damansara. Oleh sebab itu, kampung ini mudah dibanjiri air apabila hujan lebat melanda kawasan hulunya. Diperingkat awal, petempatan di kawasan ini dikategorikan sebagai tanah TOL (Temporary Occupancy Licence) iaitu tanah yang lesennya diperbaharui dari tahun ke tahun. Beberapa gtahun yang lalu (sekitar 2011),tanah ini telah diluluskan gerannya oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor atas desakan dan permohonan penduduk tempatan yang telah lama mendiami kampung ini.

                    Pada masa kini, kerja-kerja mendalamkan Sungai Damansara telah dilakukan untuk membendung masalah banjir di kampung Kebun Bunga (Batu Tiga) dan TTDI Jaya di Shah Alam. Pihak Berkuasa Tempatan berharap,melalui usaha mendalam sungai ini akan mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan ini akibat pembangunan projek di bahagian hulu sungai ini terutama di sekitar kawasan kampung Bukit Cherakah. Dalam keadaan banjir yang berlaku pada bulan Februari 2006,seramai kira-kira 12000 orang penduduk tealh terlibat dengan kejadian banjir tersebut yang turut melibatkan kawasan TTDI Jaya, Kampung Melayu Subang dan Kampung baru Hicom. Kejadian ini dikatakan merupakan banjir yang terburuk bagi kawasan-kawasan ini dalam tempoh 10 tahun. Pada kebiasaannya,paras air hanya mencapai 0.5m sahaja,tetapi dalam kejadian banjir tersebut paras air telah meningkat antara 2m-3m.

                      Di samping itu, usaha-usaha dilakukan juga dengan membaiki dan meninggikan benteng penahan di tebing sungai supaya air sungai yang naik tidak melimpah ke kampung ini. Walau bagaimanapun usaha ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat memandangkan keadaan tanah yang lembut di kawasan ini. Stesen pam juga dibina bagi tujuan mengepam semula air yang masuk ke kampung ini semasa banjir. Pihak Berkuasa Tempatan juga mengambil langkah menubuhkan stesen amaran banjir di sepanjang Sungai Damansara bagi memberi amaran awal kepada penduduk di kawasan ini mengenai banjir yang akan berlaku. Selain itu, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga digunakan sebagai salah satu cara untuk pemberitahuan banjir di kawasan ini kepada penduduk.

                       Sehubungan itu juga, penduduk di Kampung Melayu Kebun Bunga yang ingin membina atau membaiki rumah mereka dinasihatkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan supaya menambak dahulu tanah tapak rumah bagi mengurangkan kesan minima akibat banjir yang mungkin berlaku. Ini kerana, kebanyakan perkampungan di pinggir Sungai Damansara berada agak rendah daripada paras air sungai dan mudah dibanjiri air apabila berlaku hujan lebat. 

 


Kemaskini pada 2016-05-18 10:58:03 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page