tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

SHES buka ruang wanita maju ke hadapan

image


 

SHAH ALAM, 22 JUL: Program ‘Safe, Heal, Empower and Strength’ (SHES) membuka ruang kepada golongan wanita untuk terus maju ke hadapan, kata Ahli Dewan

Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin.

 

Program dengan kerjasama Majlis Prihatin Wanita Universiti Selangor (UNISEL) dan Kelab Psikologi Industri di bawah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial itu diadakan

di Auditorium Za’ba, UNISEL Kampus Bestari Jaya, di sini, baru-baru ini.

 

Rozana berkata, program itu adalah landasan terbaik memberi kesedaran kepada kaum wanita selain membuka ruang golongan terbabit mengatasi diskriminasi dan

penindasan dihadapi.

 

“Perkongsian input pada program SHES ini yang memberi fokus kepada tajuk “Wacana Belia Wanita” banyak memberi pencerahan lebih mendalam berkenaan hak,

diskriminasi dan pemerkasaan wanita.

 

“Harapan saya semoga program seumpama ini dapat dikongsi bukan sahaja dalam kalangan wanita, bahkan juga lelaki setiap lapisan masyarakat,” katanya menerusi

kenyataan di Facebook.

 

Terdahulu, slot perkongsian ilmu bertajuk “Wacana Belia Wanita” yang disampaikan oleh Dr Sharifah Syahira dan ceramah “Peranan Wanita Muslimah di Era Globalisasi”

pula disampaikan Isfadiah Mohd Dasuki kedua-duanya mengupas isu berkenaan peranan dan hak wanita pada masa kini.

 

Hadir sama, pada program tersebut adalah Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof Dr Md Sidin Ahmad Ishak

dan pensyarah serta pelajar Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial.

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2019-07-24 11:59:04 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini695
Minggu IniMinggu Ini4818
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242949
qrcode
Visitor count : 2242950 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24