tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS)

image


 

SHAH ALAM, 7 OGOS : Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) secara dalam talian dibuka hari ini.

 

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan itu terbuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak

Orang Kelainan Upaya (OKU).

 

Katanya, bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa atau penjaga kepada anak OKU ketika mengalami kecemasan.

 

“Had permohonan bantuan AnIS bagi setiap pemohon adalah berjumlah RM5,000 setahun.

 

“Ia juga bertujuan meringankan beban ibu bapa atau penjaga bagi menanggung kos saringan kesihatan anak mereka ketika mendapatkan rawatan hospital, kos

pendidikan dan pembelian peralatan khas bagi tujuan pemulihan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Pada masa sama, kenyataan itu turut memaklumkan,syarat permohonan adalah warganegara Malaysia, ibu bapa atau penjaga mempunyai anak OKU bawah usia

18 tahun yang lahir di Selangor atau sedang menetap di negeri ini.

 

Selain itu, katanya, syarat lain adalah ibu bapa atau penjaga kepada anak pemegang Kad OKU yang sah dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

“ Pendaftaran menggunakan borang secara manual masih dibenarkan dan borang masih boleh didapati di Pusat Khidmat Masyarakat berdekatan kawasan

masing-masing,” katanya.

 

sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2019-08-16 09:24:43 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini6
Minggu IniMinggu Ini2144
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245936
qrcode
Visitor count : 2245937 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24