FAQ URUSAN KAUNTER PENDAFTARAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN(PKPP) PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING (PDTP)
BIL. |
|
PERKARA
|
1 |
S |
WAKTU OPERASI KAUNTER
Waktu Operasi Kaunter bagi urusan Pendaftaran Hakmilik Landed dan Hakmilik Strata?
|
J |
Waktu Operasi Kaunter adalah bermula 8.30 pagi – 3.30 petang (Isnin-Khamis) dan 8.30 pagi – 11.45 pagi , 2.45 petang – 3.30 petang (Jumaat Sahaja)
|
|
2 |
S |
PERMOHONAN DOKUMEN PERSERAHAN
Bolehkah saya mengemukakan permohonan perserahan bagi urusan Pendaftaran? |
J |
Permohonan perserahan boleh dibuat mengikut hari urusan tertakluk kepada kumpulan sasar dan jenis urusan yang telah ditetapkan.
Firma Guaman Isnin (Perserahan, carian, pungutan, pertukaran hakmilik) Selasa (Perserahan, carian, pungutan, pertukaran hakmilik)
Orang Awam Khamis (Perserahan, carian, pungutan, pertukaran hakmilik) Jumaat (Perserahan, carian, pungutan, pertukaran hakmilik)
Firma Guaman / Orang Awam Rabu (Urusan Penyaksian, Siasatan Hakmilik Hilang)
*Orang awam merangkumi Orang Perseorangan, Agensi Kerajaan, Juruukur, Pemaju yang tidak menggunakan khidmat firma guaman untuk berurusan)
|
|
3. |
S |
PERSERAHAN MELALUI TEMUJANJI
Adakah dibenarkan urusan permohonan perserahan dibuat menerusi temujanji tanpa melalui kaunter walk in memandangkan hari urusan untuk Firma Guaman dan Orang Awam ditetapkan mengikut hari.
|
J |
Dialu-alukan bagi urusan permohonan perserahan dibuat menerusi temujanji walaupun urusan tersebut kurang daripada 3 hakmilik. Permohonan temujanji boleh dibuat dengan mengisi maklumat di dalam borang temujanji yang boleh didapati di laman web rasmi , /petaling.php atau emel kepada pendaftaranpetaling@selangor.gov.my.
Maklumbalas berkaitannya akan diberikan dalam tempoh 1-2 hari dan penetapan tarikh temujanji akan diberikan pada hari kaunter walk in bergantung kepada kekosongan atau selain daripada hari kaunter walk in bagi kelancaran urusan perserahan.
|
|
4. |
S |
PERSERAHAN MELALUI KAEDAH DROP BOX
Apakah urusan perserahan yang dibenarkan untuk dibuat melalui kaedah Drop Box di PDTP?
|
J. |
Di PDTP, hanya urusan melepaskan gadaian, pembetulan maklumat di dalam hakmilik dan urusan pertukaran alamat borang 26A dibenarkan untuk dibuat melalui kaedah drop box.
|
|
5. |
S |
PENYAKSIAN
Saya ingin membuat penyaksian, adakah saya boleh terus hadir untuk urusan?
|
J |
Pihak Tuan/Puan perlu mengemukakan emel bagi temujanji untuk tujuan penyaksian di alamat pendaftaranpetaling@selangor.gov.my. Penyaksian adalah melibatkan hartanah di daerah Petaling sahaja dan pertimbangan untuk hartanah di luar negeri Selangor. Bagi hartanah di luar daerah Petaling, dimohon untuk berhubung terus dengan Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan.
|
|
6. |
S |
PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI ATAU PENDAFTAR
Bagaimana saya boleh berjumpa Pegawai atau Pendaftar untuk berbincang berkaitan dokumen hakmilik saya?
|
J |
Pihak Tuan/Puan boleh mengemukakan emel di pendaftaranpetaling@selangor.gov.my. Penetapan temujanji yang akan diatur berdasarkan slot disediakan pada setiap Hari Rabu. Maklumat lengkap berkaitan masa dan tempat akan dimaklumkan menerusi emel balas kepada permohonan yang dikemukakan.
|
|
7. |
S |
URUSAN PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
Adakah urusan permohonan pembahagian pusaka kecil boleh di buat di kaunter Unit Pendaftaran?
|
J. |
Tidak, urusan permohonan pembahagian pusaka kecil perlu dibuat secara atas talian menerusi laman web Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian. Begitu juga dengan urusan pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi jabatan tersebut.
Urusan di kaunter Unit Pendaftaran hanya melibatkan pendaftaran perintah pusaka kecil yang telah diperoleh selepas perbicaraan pusaka yang dikendalikan oleh JKPTG.
|
|
8. |
S |
PERBICARAAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
Mengapakah urusan perbicaraan diadakan di PDT Petaling tetapi urusan permohonan, pertanyaan, salinan diakui sah perintah perlu merujuk kepada Unit Pusaka Kecil di Bukit Raja?
|
|
J. |
Semua urusan berkaitan pusaka kecil mestilah melalui Unit Pembahagian Pusaka Kecil Daerah iaitu jabatan di bawah JKPTG. Hanya penyempurnaan pendaftaran perintah pusaka yang akan dikemukakan ke PDT Daerah Petaling
Perbicaraan yang dibuat di Daerah Petaling merupakan inisiatif usahasama di antara JKPTG dan PDT Petaling dengan menggunapakai kemudahan ruang bicara yang terdapat di premis PDT.
|
9. |
S |
RUJUKAN MAKLUMAT TERKINI URUSAN DI PDT PETALING
Dimanakah saya ingin merujuk maklumat terkini berkaitan dengan tatacara untuk berurusan di kaunter?
|
|
J |
Rujukan maklumat berkaitan tatacara untuk berurusan di kaunter boleh dirujuk di pautan berikut : /petaling.php
|
Kemaskini pada 2020-09-13 13:55:14 daripada PPTM_ICT