tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Air pasang besar: 10 kawasan di Klang berisiko tinggi

image


 

KLANG, 17 SEPT: Sebanyak 10 kawasan di Klang dikategori sebagai berisiko tinggi memandangkan fenomena air pasang besar kali ini diramal mencecah ketinggian 5.8 meter.

 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata mengambil kira pengalaman pada 2016 dan 2017, pihaknya khuatir fenomena itu boleh

menyebabkan ban pecah.

 

“Namun mensyuarat Jawatankuasa Insfrastruktur hari ini memaklumkan ban yang ada melebihi tahap ketinggian jangkaan air pasang,” katanya selepas merasmikan Program Banci

Penduduk dan Perumahan Malaysia hari ini.

 

Beliau menambah lima pusat pemindahan sedia dibuka jika berlaku banjir dan berkata anggota penguat kuasa dan pihak berkaitan sentiasa bersiap siaga bagi memastikan kebajikan

penduduk terjamin.

 

“Kita sudah kenal pasti dewan-dewan yang akan digunakan untuk menempatkan penduduk, jadi kita minta penduduk supaya bersedia jika diarah berpindah selain menyimpan segala

dokumen penting di tempat selamat,” katanya.

 

Sebelum ini,Timbalan Pengarah Penguat Kuasa MPK Sharul Hazri Abdul Majid berkata pihaknya menempatkan anggota di kawasan terlibat yang bertugas 24 jam dengan tiga waktu

giliran membabitkan dua pasukan.

 

Kawasan terlibat ialah Kampung Tok Muda, Sungai Pinang Pulau Indah, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Serdang, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Kampung

Perempat, Pelabuhan Utara, Telok Gong dan Pulau Ketam.

 

 

Kemaskini pada 2020-09-21 11:33:05 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini76
Minggu IniMinggu Ini2214
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245971
qrcode
Visitor count : 2245972 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24