tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Air pasang besar: APM tambah pasukan pantau kawasan pantai

 

image


 

SHAH ALAM, 19 SEPT: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Langat akan mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat pantai di lokasi tumpuan pengunjung

bagi menghadapi fenomena air pasang besar.

 

Pegawai Sektor Operasinnya Leftenan (PA) Azahar Abdul Rashid berkata operasi giat dijalankan di Pantai Morib, Pantai Baharu Morib, Pantai Kelanang dan Batu Laut.

 

“Setakat ini tiada kejadian tidak diingini berlaku. Bagaimanapun, anggota APM dikerahkan untuk menjaga di sekitar persisiran pantai.

 

“Pelbagai aset APM seperti bot, ambulans dan kenderaan pacuan empat roda sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku semasa fenomena

tersebut,” menurutnya di Facebook.

 

Semalam, benteng di beberapa kawasan sekitar pantai Kuala Langat runtuh susulan ombak kuat, namun kerja baik pulih giat dijalankan.

 

 

image
Keadaan pesisir Pantai Morib


Sementara itu, wakil rakyat Morib Hasnul Baharuddin mengulangi gesaan supaya orang ramai tidak menghampiri kawasan pantai sepanjang tempoh fenomena air pasang besar.

 

Beliau berkata masih ada segelintir individu terutama warga asing yang melanggar arahan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengunjungi Pantai Morib pagi semalam.

 

“PBT (Majlis Perbandaran Kuala Langat) mengesan antara 10 hingga 15 orang yang berada di sana, namun kesemua akur apabila diarah segera meninggalkan kawasan tersebut.

 

“Kebanyakan mereka tahu kejadian air pasang besar akan melanda daerah ini dan memberi risiko kepada penduduk khususnya di pesisiran pantai serta kawasan rendah,” katanya

ketika dihubungi.

 

Kelmarin, Dato’ Menteri Besar menasihatkan penduduk di lima daerah negeri ini tidak melakukan aktiviti di pesisiran pantai bermula hari ini hingga November berikutan fenomena air

pasang besar.

 

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata paras air laut di sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dijangka berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter.

 

Unit Pengurusan Bencana Negeri menjangka kejadian itu berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November.

 

Sumber : https://selangorkini.my/category/selangor-bm/


Kemaskini pada 2020-09-21 13:42:37 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini122
Minggu IniMinggu Ini4958
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248302
qrcode
Visitor count : 2248303 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24