tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Mohon permit, patuhi SOP jika buat aktiviti di hutan

image


 

SHAH ALAM, 20 SEPT: Orang ramai diingatkan supaya mendapatkan kebenaran atau permit daripada pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang aktiviti di hutan.

 

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali berkata tindakan itu bagi memastikan keselamatan mereka terjamin jika berlaku perkara tidak diingini.

 

“Jika mendapat kebenaran maklumkan juga kepada pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung atau balai polis berdekatan supaya jika terjadi apa-apa, gerakan untuk

menyelamat dapat segera dilaksanakan,” kata Saifuddin Shafii kepada Selangorkini.

 

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberi dalam fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) selain kekal mematuhi tatacara

operasi piawai (SOP).

 

“Meskipun kita sudah masuk fasa yang membenarkan aktiviti rekreasi tetapi kita perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan diri dan orang lain,” katanya.

 

Awal bulan ini, kerajaan melonggarkan SOP bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi termasuk negeri bawah fasa satu PPN.

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2021-09-24 10:43:59 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini459
Minggu IniMinggu Ini5524
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243533
qrcode
Visitor count : 2243534 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24